Tuesday, April 10, 2012
Persepsi Dakwah Kita
"Iman itu bertambah dengan ketaatan, berkurang dengan maksiat dan berkembang dengan jamaah"
Kata Sheikh dari Mesir itu masih segar dalam ingatan saya. Walaupun perkongsian itu memerlukan seorang translator gara-gara majoriti yang hadir ketika itu tidak fasih berbahasa Arab, tapi proses perkongsian berlaku dengan sangat mantap.
Sheikh, apa kita perlu mendekati rakan yang ingin kita tarbiyahkan dengan mendekatinya melalui hobinya yang sedikit melalaikan?
Saya sangat menarik dengan persoalan yang dilontarkan oleh seorang hadirin. Apa yang Sheikh itu jawab?
Islah nafsah itu perlu selari dengan tarbiyah. Apa mungkin kita downgrade kan diri kita dengan alasan untuk mentarbiyahkan rakan. *Islah nafsah itu proses pembaikan diri.
Soalan kedua; Bagaimana cara mentarbiyah rakan yang melazimi maksiat atau dosa-dosa kecil?
Pertama sekali, cuba sentuh hatinya dengan cara yang perlahan. Bagikan CD, majalah ataupun artikel yang berkaitan dengan Islam. InsyaAllah suatu hari nanti, Allah akan bukakan hatinya.
Soalan ketiga; Siapakah prioriti ataupun target dakwah kita?
Pertama, orang yang rapat dan mempunyai ciri-ciri Islami. Kedua, orang yang mungkin tidak rapat dengan kita, tapi mempunyai ciri-ciri Islami. Ketiga, orang yang rapat dengan kita, tapi kurang ciri-ciri Islami dalam diri mereka.
Ikhwah yang dirahmati Allah sekalian,
Tugas dakwah itu bukanlah semata tergalas diatas bahu-bahu ustaz mahupun iman. Tapi ia tergalas di bahu kita sendiri, yakni khalifah-khalifah Allah. Kitalah penyambung tugas-tugas dakwah. Memang setiap dari kita punya persepsi dakwah yang berlainan. Dakwah itu sendiri akan berkembang kerana adanya jamaah-jamaah. Dan insyaAllah setiap dari kita punyai niat yang ikhlas untuk mentarbiyahkan dan ditarbiyahkan.
Walhal, apabila berlainan jamaah sekalipun, tidak perlu untuk kita angkat muka apabila berselisihan. Cukup dengan lafaz "Assalamualaikum", itu sudah cukup manis dan insyaAllah akan dapat pahala. Tidak perlu untuk kita rasa keberatan untuk ber'mathurat' bersama-sama tatkala selesai solat Asar. Kita mungkin berlainan jamaah, tapi niat kita sama, yakni sama-sama ingin lihat tertegaknya kalimah Allah di bumi kita berpijak ini.
Terangkan kepada mujahid-mujahid yang baru direkrut, apa yang bakal mereka gendong adalah suatu yang sangat penting dan berat; yakni dakwah itu sendiri. Fokuskan kepada mereka apa itu dakwah. Biarkan mereka jelas terlebih dahulu tentang dakwah. Janganlah terus kita berbicara tentang jamaah. Takut-takut mereka akan lebihkan 'philosphy' berbanding ciri-ciri Islami itu sendiri.
Wallahualam
Sunday, April 8, 2012
Muscle Iman Kita
"Maaf akh. Saya hanya nak mohon pendapat dari anta. Kenapa saya rasa macam daurah tadi kurang memberi kesan kepada saya?"
"Kenapa sesudah qiam saya rasa seperti biasa sahaja. Bukankah dengan qiam itu kita patut rasa diri kita semakin dekat dengan-Nya?"
بسم الله الرحمن الرحيم
Adik-adik sekalian, abang ada satu persoalan sebelum menjawab pertanyaan antum semua.
Jika abang mahu membina otot badan, bolehkah abang ke gym sebulan sekali?
Atau, bolehkah kalau abang mahu cas henfon sampai penuh, tapi lepas seminit abang dah cabut chargernye.
Atau, kalau abang nak hilangkan dahaga, boleh tak kalau abang minum setitik air?
Ikhwah yang dirahmati Allah sekalian,
Iman meningkat dengan amal dan menurun disebabkan maksiat. Dan sudah pasti amalan yang berterusan itu, akan meningkatkan keimanan kita. Amal yang sikit, tetapi yang berterusan lebih disukai Allah. Cubalah untuk hadir ke usrah seminggu sekali. Cubalah untu membaca Al-Quran, satu muka sehari. InsyaAllah, amalan-amalan sedemikian akan mendekatkan diri kita kepadanya.
Wallahualam
Friday, July 29, 2011
Apabila Fesyen Menjadi Darah Daging
Cinta kadangkala melemahkah manusia. Cinta kepada dunia membawa manusia jauh dari akhirat. Cinta kepada kesihatan membuatkan manusia lupa tentang kesakitan. Cinta pada harta menjauhkan manusia daripada sedekah. Cinta pada usia remaja sentiasa membawa manusia melupakan hari tua. Dan yang paling teruk, cinta terhadap dunia membuatkan manusia seakan-akan lupa akan akhirat. Apabila cinta itu terlampau kuat, maka ia bagai telah meresap kedalam darah, malah telah melekat pada daging-daging kita sendiri. Begitu juga dalam aspek pakaian dan fesyen, apabila apa yang pakai hari ini sudah menjadi kebiasaan, sudah pasti amat sukar untuk menanggalkannya.
Oh ya, saya terlupa satu lagi pepatah tentang cinta. Cinta itu buta. Malah ia membutakan mata serta hati manusia. Sehinggakan pesanan-pesanan sebegini dipandang sebelah mata sahaja. Nasihat-nasihat dalam Al-Quran sering diambil mudah. Apa guna kita membacanya jika sebarang nasihat tidak diguna pakai?
Berbalik kepada bab berpakaian. Saya pernah berhadapan dengan seorang wanita ketika beliau sedang membentangkan satu presentation berkenaan dengan hijab moden. Dari pandangan beliau, hijab itu perlu dimodenkan mengikut arus masa. Malah, tudung yang berwarna menarik boleh dipadankan di atas kepala seorang muslimah dengan alasan mengikut peredaran zaman. Ketika sesi soal jawab, saya bertanya kepada beliau,

"Adakah tudung berwarna warni serta bersaiz kecil masih dikategorikan sebagai hijab?"
Mungkin soalan saya agak 'keterlaluan' memandangkan majoriti hadirin wanita adalah wanita yang berpakaian moden namun saya merasakan saya wajar untuk saya menyoal soalan sebegitu.
" Lihat kepada saya, adakah saya menutup aurat?", soalnya kembali kepada saya.
Saya terdiam. Suasana sudah menjadi sedikit tegang ketika itu. Soalannya tidak dapat saya jawab memandangkan keadaan ketika itu tidak sesuai.
Hijab bukan sahaja bererti si wanita perlu melekatkan pakaian pada tubuh, tetapi menutup segala-galanya kecuali muka dan tapak tangan. Hanya dua bahagian itu sahaja yang boleh didedahkan di luar rumah. Dan kaki tidak termasuk di dalam bahagian yang boleh didedahkan. Ya, kaki wanita masih menjadi aurat kepada lelaki yang bukan mahram. Ramai wanita yang sering terlupa akan bahagian tersebut. Ada yang sudah menutup kepala, melabuhkan tudung menutup dada, memakai kain yang tidak jarang, namun, bahagian kaki pula terbuka. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan 90% wanita Islam di negara kita tidak menutup bahagian kaki. Dengan peratusan tersebut, secara tidak langsung, telah gugur aurat kaki pada kaca mata kaum wanita.
Apabila fesyen yang haram telah menjadi darah daging, maka tidak lain tidak bukan, kita perlu 'mencungkil' bahagian daging tersebut daripada diri kita. Memang sakit memang pedih. Namun, ingatlah, azab mana yang lagi pedih? Dunia atau akhirat?
Wallahualam
Sunday, July 17, 2011
Wahai Bidadari
Friday, July 1, 2011
Sejauh Mana Kefahaman Kita Terhadap Agama?
"Tidurnya seorang alim lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang abid (ahli ibadah) tanpa ilmu" (Hadis riwayat Tarmizi)
"Hendaklah kamu berqiamullai. Sesungguhnya qiamullai itu gaya hidup orang-orang soleh, mendekatkan kamu kepada Tuhan, menghapuskan dosa-dosa dan menegah diri dari maksiat" (Hadis Riwayat Hakim)
Maka, adakah kita tergolong dalam orang-orang soleh?
Fudail bin Iyad pernah berkata :
"Apabila kamu tidak mampu untuk berqiamullai dan puasa sunat di siang hari, maka ketahuilah kamu sedang dibelenggu dengan maksiat yang telah kamu lakukan"
Nah, satu tamparan bagi kita. Kite sedang dibelenggu maksiat, namun tiada langkah-langkah yang diambil untuk menghapuskan belenggu-belenggu itu.
Kita lihat pula dari aspek kekeluargaan. Adakah qiamullai menjadi kelaziman dalam keluarga kita?
“Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Bagi pasangan yang bercinta, adakah qiamullai akan menjadi rutin keluarga yang bakal anda bina? Mengapa cinta yang terbit dalam diri anda, tidak dijadikan sebagai batu loncatan untuk membina baitul muslim?
Konklusinya, kefahaman agama yang ada dalam masyarakat kita sangat-sangat rendah. Kita sedar akan kekurangan ini. Namun kita seakan-akan membiarkan perkara ini dengan alasan kefahaman agama hanya untuk alim ulama. Tugas belajar agama hanyalah tugas imam dan ustaz. Ini yang perlu kita perbetulkan. Selagi diri bergelar penganut agama Allah, maka kita mesti mencari jalan memahami selok belok agama kita.
Wallahualam
Sunday, June 26, 2011
Mengapa Allah Wujudnya Perasaan Cinta?

Sunday, June 19, 2011
Sejarah itu Fakta atau Auta?

"History is written by the victor, and here I am, thinking we'd won. But you bring down one enemy and they find someone even worse to replace him. Locations change, the rationale, the objective. Yesterday's enemies are today’s recruits"


Wednesday, June 15, 2011
Iman Naik dan Turun. Solusinya?

Kelemahan iman adalah punca mengapa keimanan kita kadangkala turun dan ada masanya naik. Apakah punca-puncanya? (klik di sini)
Friday, May 13, 2011
Cepat sikit, banyak lagi nak tadabbur ni..

- Si kancil sangat pintar dan sangat hebat. Maka, pada hari itu, si belang kecewa.
- Si kancil pada hari itu kurang kepintarannya. Maka, haiwan kecil itu, menjadi santapan pak belang.
- Tahap kepintaran kancil pada hari itu agak meragukan. Justeru, si kancil dapat melarikan diri, namun mendapat luka-luka kecil. Dalam masa yang sama pak belang masih belum mengalah dan mahu mencari si kancil itu juga pada masa yang seterusnya. Maka, ia bertekad dalam hati, untuk meratah 'kepintaran' si kancil itu. Maka, pada masa tiba pertemuan buat sekian kalinya, SALAH SATU daripada dua kesudahan di atas pasti berlaku.
Wednesday, May 11, 2011
Kisah Si Prebet dan Si Kapten ; Sedikit ilmu, jangan angkuh
Sunday, April 17, 2011
Segala puji bagi Tuhanku ; Alam ini Dia cipta

Thursday, April 7, 2011
Janji Seorang Murabbi
Sunday, January 9, 2011
Benteng Sekelumit Iman

"Tidurnya seorang alim lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang abid(ahli ibadah) tanpa ilmu"
Hadis riwayat Tarmizi
"Tiada kuat iman, selagi tidak diduga. Tiada kuat hati ini selagi ia tidak digoda."
"Ya Allah, dengan sekelumit iman di dada ini, maka jauhilah aku dari godaan dan fitnah."
Apabila hati mula digoda, ia akan berpenyakit. Maka, jangan biarkan ia terus sakit dan melarat, tapi rawatlah hati itu. Walaupun penyakit itu, tidak memudaratkan kesihatan, malahan ia penyakit yang lazat, namun, rawatlah jua hati itu. Rawatlah ia. Pujuklah hati itu dengan berkata "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih bernilai dari itu".
Kita tidak pernah sedar akan kewujudannya kerana ia adalah penyakit nikmat. Penyakit nikmat senang merebak, tapi sukar dirawat. Kadangkala, apabila kita cuba dirawat sahabat, kita mengelak. Kerana apa? Kerana ia penyakit NIKMAT.
Apa sebenarnya penyakit nikmat? Sesungguhnya ialah penyakit yang didatangkan dari kaum wanita kepada kaum lelaki dan sebaliknya.
Maka, dengan penyakit inilah ramai remaja kita digoda dan hampir kesemua mereka sedang wujud penyakit nikmat yang kian berbunga mekar di hati masing-masing.
"Permainan dunia. Lelaki BERcinta dengan Wanita"
"Nikmat dari Allah. Suami MENcintai Isteri"
Wallahualam.
"Ya Allah, aku masih tidak mampu untuk memberitahu sahabat-sahabat disekelilingku tentang jalan tarbiyyah. Ya, Allah bagilah mereka kesedaran kerana Engkau sahaja yang mampu mengubah hati-hati mereka"
Tuesday, January 4, 2011
Tarbiyyah Kita

Apa itu tarbiyyah? Pentingkan tarbiyyah? Relevankan tarbiyyah pada zaman serba moden? Siapa yang patut mentarbiyyahkan siapa?
Kadang-kadang kita sendiri tidak menyangka yang kita sedang dalam usaha mentarbiyyahkan diri dan kadangkala memang kita sangat sangat tidak menyangka yang diri kita semakin jauh dari tarbiyyah. Mengapa? Mudah, anggaplah zaman 'moden' kita ini adalah zaman jahiliyyah. Anggaplah zaman ini, zaman sebelum penghijrahan Rasulullah ke Madinah. Maka, jika kita berfikir sebegitu, nescaya kita akan mencari apa itu tarbiyyah.
Sememangnya, tarbiyyah itu merupakan satu perjalanan yang amat jauh. Baiklah, anggaplah kita adalah seorang buta huruf tetapi kita mahu mengkhatamkan satu Al-Quran! Bayangkan ,diri kita adalah si buta huruf. Maka, sudah pasti perlu banyak yang kita perlu lakukan terlebih dahulu. Kita harus belajar alif ba ta, harus mengerti baris atas, depan dan bawah, hukum-hukum mad dan sebagainya. Maka, itu lah juga tarbiyyah. Jika kita mampu menjaga solat, menjaga setiap aspek dalam kehidupan, maka kita mampu mengerakkan satu perjalanan yang dinamakan perjalanan tarbiyyah.
"Abang, bagaimana kalau orang sedang menjalankan tarbiyyah, tiba-tiba ia jatuh cinta dan bercinta dengan wanita?"
"Adik, anggaplah kita tidak layak untuk bercinta selagi 10 muwasafat tarbiyyah tiada dalam diri. Jika seseorang itu jatuh cinta dan bercinta dengan wanita, maka anggaplah ia satu beban dalam perjalanan. Anggaplah kita membawa seguni botol kaca dan dipikulnya diatas bahu. Dan kita tahu, seguni botol kaca itu sangat berat dan masakan kita masih lagi ingin memikulnya?"
Satu hari, insyaAllah, mungkin pemerintah kita, wakil rakyat kita, doktor di klinik akan terdiri daripada naqib dan naqibah kita sendiri..satu hari nanti, InsyaAllah.
Tuesday, November 2, 2010
Bukan menolak cinta, tapi hormati cinta

Di zaman remaja, saya seorang remaja yang biasa. Di mana saya juga pernah bercinta dengan rakan sebaya. Bila hati sudah sayang, apa-apa yang dilakukan semuanya serba tak kena. Kadang-kadang, saya sendiri tidak senang duduk apabila tidak dapat SMS ataupun “call” daripada perempuan yang disaat itu saya labelkan dia sebagai “girlfriend”. Itulah, bak kata orang apabila cinta mula berputik, makan tak kenyang tidur tak lena, mandi tak basah. Kiranya kalau tidak dapat melihat si dia walaupun sehari, hati gundah gulana. Hubungan kami terus berkekalan. Selepas tamat SPM, saya meneruskan pengajian di satu pusat asasi sains di universiti tempatan dan dimana si dia pula mendapat peluang melanjutkan pelajaran di universiti luar negara. Ketika berada di pusat asasi tersebut, saya mula berkenalan dengan Abang Zahri dimana dia merupakan salah seorang tutor di universiti tersebut. Melalui Abang Zahri juga, saya mula melibatkan diri dalam usrah. Saya yang sebelum ini mengabaikan tuntutan agama, telah berubah. Ibu bapa saya juga menyedari perubahan diri saya dan mereka sangat gembira. Pada suatu hari, saya memberanikan diri saya untuk bertanya kepada Abang Zahri soalan yang sudah lama saya ingin persoalkan.
“Abang, saya sebenarnya mempunyai seorang teman wanita”
Abang Zahri tersenyum. Belum sempat saya menyambung kata, dia terus berhujah
“Hidup seorang lelaki, tak akan lengkap tanpa kehadiran wanita di sisi. Dan mengapa kita tidak mendambakan cinta yang datang melalui saluran yang betul. Mengapa perlu bercinta melalui jalan yang salah? Perlukah?”
Saya hanya tunduk mendiamkan diri.
“Sebenarnya lelaki tidak mempunyai hak pun terhadap mana-mana wanita selagi mereka tiada ikatan. Nak mencintai wanita pun, kita takde hak. Selagi tiada ikatan perkahwinan. Saya rasa awak tiada hak pun mengatakan perempuan tersebut adalah teman wanita awak. Apatah lagi menyayanginya. Islam itu indah. Dan setiap perkara yang ditetapkan oleh Islam adalah yang indah. Malah, jika kita mencari peneman hidup melaui cara Islam, nescaya indah segala-galanya.”
Malam itu juga saya menghantar SMS kepada si dia untuk memutuskan hubungan kami. Saya fikir, dia akan faham dan dapat menerimanya dengaan hati yang terbuka. Namun, lain pula jadinya. SMS saya dibalas dengan maki hamun. Walaupunbagaimanapun, saya rasa tenang kerana saya sudah dapat menjalankan tugas saya. Ya, saya sudah dapat menjalankan tugas yang mungkin sukar dijalankan oleh adik-adik sekalian. Namun, saya nasihatkan agar yakinlah dengan janji Allah. Tidak bernilai cinta itu jika ia dikotori dengan perhubungan yang tidak sah disisi Islam. Jadi, relakah kita berkahwin dengan wanita yang kita sendiri telah mengotori cintanya? Fikir-fikirkanlah. Cuma satu sahaja pesan saya kepada adik-adik remaja sekalian yang sedang hangat bercinta. Nikmat cinta selepas berkahwin, adalah beribu kali ganda daripada “cinta” yang adik-adik sekalian labelkan sebagai cinta suci itu.
Wallahualam.


