"Tidurnya seorang alim lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang abid (ahli ibadah) tanpa ilmu" (Hadis riwayat Tarmizi)
Pertama kali saya mendengar hadis ini adalah ketika ianya dibacakan oleh seorang senior ketika usai solat maghrib di masjid universiti. Ketika ianya dibacakan, saya seakan-akan masih kabur tapi selepas dihuraikanoleh senior tadi, barulah saya faham.
Apa erti syaitan lebih takut kepada orang yang berilmu (berilmu dan beramal) berbanding orang-orang yang kuat beribadah? Baiklah contoh yang paling mudah, kita solat tapi kita tidak memahami mengapa kita solat. Kita solat sebab ianya bagaikan rutin harian kita. Seolah-olah solat itu, hanya pelengkap jadual harian. Jadi, bagaimanakah kualiti solat kita?
Kefahaman agama bukanlah perkara yang enteng untuk kita tidak ambil endah. Tapi sedihnya, remaja kita sekarang langsung tidak ada usaha untuk memahami agama. Malah, apabila melangkah ke alam universiti, pendidikan agama tidak dipandang langsung. Hadis Makanan Halal dan Baik dan Surah Al-Jumaah hanya dihafal gara-gara keperluan SPM.
Maka, saranan saya, ambillah subjek tambahan yang 'special' di universiti iaitu USRAH. Bukan sukar bukan payah, malah pengisiannya lebih rileks. Assignment ada, tapi tidaklah berat. Eh, Usrah pun ada assignment? Biar betul? Haa, nak tahu lebih lanjut, masuklah usrah di universiti anda.
Di dalam kuliah Usrah, saya belajar kembali apa yang diajar oleh ustaz/ustazah zaman persekolahan. Namun cara kupasan lebih berlainan. Bersesuaian untuk peringkat umur kita serta kematangan kita. Di dalam usrah juga, saya belajar untuk membaca terjemahan selepas membaca Al-Quran. Pada awalnya, saya tidak merasakan membaca terjemahan Al-Quran penting namun sanggupkah kita membaca tanpa memahami? Kita sedang membaca nasihat-nasihat dari langit, tapi kita langsung tidak memahaminya. Wajarkah?
Qiamullai atau MABIT. Saya jamin tanpa usrah saya tidak mampu untuk bangun malam. Sabda Nabi S.A.W
"Hendaklah kamu berqiamullai. Sesungguhnya qiamullai itu gaya hidup orang-orang soleh, mendekatkan kamu kepada Tuhan, menghapuskan dosa-dosa dan menegah diri dari maksiat" (Hadis Riwayat Hakim)
Maka, adakah kita tergolong dalam orang-orang soleh?
Fudail bin Iyad pernah berkata :
"Apabila kamu tidak mampu untuk berqiamullai dan puasa sunat di siang hari, maka ketahuilah kamu sedang dibelenggu dengan maksiat yang telah kamu lakukan"
Nah, satu tamparan bagi kita. Kite sedang dibelenggu maksiat, namun tiada langkah-langkah yang diambil untuk menghapuskan belenggu-belenggu itu.
Kita lihat pula dari aspek kekeluargaan. Adakah qiamullai menjadi kelaziman dalam keluarga kita?
“Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Bagi pasangan yang bercinta, adakah qiamullai akan menjadi rutin keluarga yang bakal anda bina? Mengapa cinta yang terbit dalam diri anda, tidak dijadikan sebagai batu loncatan untuk membina baitul muslim?
Konklusinya, kefahaman agama yang ada dalam masyarakat kita sangat-sangat rendah. Kita sedar akan kekurangan ini. Namun kita seakan-akan membiarkan perkara ini dengan alasan kefahaman agama hanya untuk alim ulama. Tugas belajar agama hanyalah tugas imam dan ustaz. Ini yang perlu kita perbetulkan. Selagi diri bergelar penganut agama Allah, maka kita mesti mencari jalan memahami selok belok agama kita.
Wallahualam