Sunday, December 27, 2009

Quran as Cure

Qura'n as Cure ..
Good Things To Know for muslims.

Three important and beneficial things:

1) Hazrat Muhammad s.a.w.(PBUH) says that "if a person recite " AyatalKursi" after every Farz Namaz then there will be nothing between him and Heaven except Death"

2) There is a Hadith that says "La Haula Wala Quuata illa billahilaliyul azeem" is such a great medicine that it cures every disease andthe most minor disease it cures is "Sorrow" (Gham).

3) Another Hadith says "if a person recite surah ikhlaas (QUL hu wallahu ahad... ) 10 times in a day then Allah build a palace for him in theHeaven.(Subhaan Allah)"
The last but not the least Allah says " spread the knowledge whatever u have ....Its duty of each n every muslim"


Thursday, December 24, 2009

Kesinambungan drpd kisah Si Podo ( rujuk http://monologuelog10.blogspot.com/2009/12/eyymurahnye.html)

PERHATIAN : segala watak dalam cerita di bawah ini memang berkaitan dengan watak-watak yang masih hidup di dunia ini. Nama yang digunakan hanyalah nama samaran semata-mata, jika ada pihak yang terasa, itu memang disengajakan.....




PART 1

"Weh, jom ar follow aku. Lepak-lepak kat BB", suara Saini memecahkan kesunyian dorm A2.
"Jom ar. Follow kiteorang. Dah la aku nih second time gi sana", Is menyupport Saini.
Aku terdiam. Terfikir lak sebentar tadi aku dah plan ngan Arep dan Ziz untuk menghabiskan malam terakhir kami di sekolah dengan melobi di GSC.

"Ok arr...", Aku mengangguk.

" Jom, parent aku da datang", Lang muncul dengan tiba-tiba.
"Lang, aku follow skali".
"Set je"


"Adoi bebudak skarang nih..rambut pelik-pelik", Ibu Lang bersuara.
Saini yang terasa terus membackup dirinya , "Ala mak cik, sekali-sekala".
Ibu Lang hanya tersenyum sinis. Aku dan Is hanya mendiamkan diri. Hanya sekali-sekala kami mencelah. 20 minit kemudian, kami sampai di Times Square.

"Ha, Lang, nanti dah abis jalan-jalan, Lang tidur kat mana", ibu Lang sedikit teragak-agak untuk melepaskan anak beliau.

"Umah Saini", jawab Lang, ringkas.

Aku dan Is mendiamkan diri melihat sandiwara itu.

"Jom semayang isyak", Is mengajak kami semua.
Kami angguk dan terus melangkahkan kaki ke surau. Dalam perjalanan ke surau, punyalah banyak advertisement yang boleh meningkatkan syahwat.



Time selepas amik wuduk, Aku berbisik kepada Is, "Weh asal Saini pakai tu?"
Is hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.



PART 2

Di entrance Times Square, kami bertiga bertemu dengan Raim, Pattel dan Kiron.





" Jom kite pegi tengok wayang. Lepas tu, kite pegi rooftop. Ok?", Saini mula menghangatkan suasana.



Is pun pada mulanya mengikut sahaja mereka semua, tetapi aku menarik tangannya dan berkata sesuatu. Selepas perbincangan ringkas, aku dan Is terus beredar daripada tempat tersebut dengan menaiki monorail...





PART 3

Di CC. "Fuh ramainya member-member kite", Is separuh menjerit.
" Biasa la...last day", aku menjawab (nak tak nak je)

"Weh, bila ko sampai", Asmon menyapaku.
"Baru la nih...", aku tersenyum melihat gelagat Asmon.

"Weh ko ingat tak sape imam kita mase sembahyang Asar yang last kat surau sekolah petang tadi?", Asmon bertanya.

" Saini kalau tak salah aku", balasku




"Dia dah pakai rantai sekarang", Asmon menghangatkan bicara.

"Aku tau.....", balasku lagi (cam nak tak nak je)

"Camne ko taw?", tanya Asmon.

" Aku baru hang out dengan dia tadi"

" Yeke"

" Ye la"

"Asmon, nak tau something tak?"

"Ape?"

" Selama ni kita berimamkan anj....."



Monday, December 21, 2009

The Surga

“The description of the Paradise which the Muttaqoon (the pious) have been promised: Underneath it rivers flow, its provision is eternal and so is its shade; this is the end (final destination) of the Muttaqoon (the pious), and the end (final destination) of the disbelievers is Fire

[al-Ra’d 13:35]

“Truly, the Muttaqoon (the pious) will be amidst Gardens and water-springs (Paradise).

(It will be said to them): ‘Enter therein (Paradise), in peace and security.’

And We shall remove from their breasts any deep feeling of bitterness (that they may have). (So they will be like) brothers facing each other on thrones.

No sense of fatigue shall touch them, nor shall they (ever) be asked to leave it”
[al-Hijr 15:45-47]

And it is proven in the Sunnah that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “A caller will call out – i.e., to the people of Paradise – ‘You will be healthy and never fall sick; you will live and never die; you will stay young and never grow old; you will feel joy and never feel sorrow.’” Narrated by Muslim.

Friday, December 18, 2009

Biarkanlah mereka sudah dewasa~

"Biarkan sahaja mereka itu, mereka sudah dewasa"

"Doh tu, ore beso jalo kalu peranga dok molek, kito biar jo ko"

"Mereka dah dewasa...."

"Ambo tau....sek sek tu doh beso, kalu kawen dapa
k anok doh..tapi kalu"

"
Mereka.....dah dewasa"

"Doh mu ni bakpo...kito cegoh la selagi yang kita boleh..buke kito duo ore jo ore isle(islam ),sek sek dio pon ore isle jugok"

" Mereka...sudah dewasa, sahabat"

" Doh kalu yang dok molek tu golongan pendi...."

"
Hentikan....sahabat"


Aduh, persolan yang saya rasa paling takut untuk diulas. Gementar, gugup semua ada. Takut nanti ada yang terasa sampai mula bermasam muka. Saya bukanlah seorang yang hebat dalam hal-hal yang dikatakan agak berat ini, tapi sekadar untuk menasihati diri saya dan siapa-siapa sahaja. Memang selayaknya saya tidak harus menulis tentang ini, tapi saya rasa ianya wajar untuk diketengahkan agar benda-benda ini tidaklah melarat( saya bukan penyahut seruan public - dunia dah nak kiamat. biarkan mereka)

Baiklah, persoalan pertama siapa yang mencintai kita?



Wanita pertama = of course hubby I la. Setiap minggu mesti hadiahkan I something.
( Dah tu..kalau suami saudari tak kaya, sayang jugak ke?)

Perempuan kedua = kekasih saya la. dia handsome.
( Kalau tak hensem, saudari sayang jugak ke?)


"Orang yang paling sayang awak semua, yang sayang awak semua tanpa sebab, ada seorang je kat dunia ni. Dia adalah ibu awak" - Puan Norasiah Ambia


"Katakanlah 'Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah, ne
scaya Allah mengasihaninya dan mengampuni dosa-dosanya'. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." Ali-Imran ayat 31





Persolan kedua : Apakah dalam tempoh masa anda bercinta tiada sebarang sentuhan dilakukan?




" Ala, pegang sikit-sikit je. Bukan sentuh tempat lain"

Bodoh! Manusia yang bodoh sentiasa mencipta alasan yang bodoh! Seperti menghalalkan sesuatu yang haram.


“If the head of one of you is pierced with an iron needle, it is better for him than to touch a woman who is not legal for him (to touch).”

[Al-Tabarani (20/213), Al-Musannaf (4/341)



Persoalan ketiga: Apakah sebab kekasih, kamu meninggalkan solat, dan memakai rantai(kaum lelaki)


" Ala, bukan aku nak tinggal solat pun. Dah dia janji pukul berapa, datang pukul berapa. Nanti kalau aku balik, dia merajuk pulak"

"Sori ar bro. Bukan aku nak pakai sangat rantai ni. Tapi awek aku cakap, kalau sayang dia kena pakai benda ni"


Dan BODOH lah anda jika mengikut kata kekasih yang sebegitu. Dan ingatlah, orang bodoh, sentiasa mencipta alasan bodoh untuk menghalalkan apa yang jelas diharamkan.


Diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga perkara, barang siapa terdapat di dalam dirinya ketiga perkara itu, maka ia pasti mendapatkan manisnya iman, iaitu: Allah dan RasulNya lebih ia cintai dari pada yang lain, mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah, benci (tidak mahu kembali) kepada kekafiran setelah ia diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci kalau dicampakkan kedalam api".

Friday, December 11, 2009

Hadeeth

Narrated Mi’qal Bin Yasar (ra) that the Prophet (saws) said,

“If the head of one of you is pierced with an iron needle, it is better for him than to touch a woman who is not legal for him (to touch).”

[Al-Tabarani (20/213), Al-Musannaf (4/341)

***********************************************************
“O ‘Ali, do not follow a glance with another, for you will be forgiven for the first, but not for the second.”

(Al-Hakim, Ahmed, al-Tirmithi)

***********************************************************
Abu Hurairah (may Allaah be pleased with him) said,

“The adultery of the eyes is the sight (to gaze at a forbidden thing), the adultery of the tongue is the talk and the inner self wishes and desires and the private parts testify all this or deny it.”

[Sahih Al-Bukhari (no. 6612), Muslim (no. 2657), Ahmed (2/276)

***********************************************************
Allah says,

“Allah knows the fraud of the eyes, and all that the breasts conceal.” (Surah Ghafir 40:19).

***********************************************************
Usama bin Zaid reported Allah’s Messenger (saws) as saying:

I have not left after me any (chance) of turmoil more injurious to men than the harm done to the men because of women.

[Al-Bukhari (no. 5069) and Muslim (2740)].

***********************************************************
May Allah save us from the evil temptations of shaitaan and the evils of our nafs..May Allah have mercy on our poisoned hearts filled with this evil lustful disease..Aameen

Please keep our ummah in ur Du'as for this has become a widespread social disease.

Jazakallah Khair!

Saturday, September 26, 2009

Kembali ~ Jangan menoleh

Dugaan demi dugaan mematangkan manusia. Tapi adakalanya dugaan mengecewakan manusia seterusnya ada yang mengambil jalan mudah dengan memisahkan roh sendiri dengan jasad. Sesungguhnya,berasa kecewa itu hanya untuk orang-orang yang enggan kecewa. Enggan kecewa bererti enggan berjaya...Pintu taubat sering dibuka. Dan akan dibuka sehingga tamat tempohnya, iaitu tatkala mentari mula terbit dari barat. Pabila ia sudah berlaku, maka tiada lagi taubat yang diterima. Teringat pula saya tentang cerita yang disampaikan oleh seorang sahabat. Mengenai kuasa taubat.

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, pernah berlaku satu kemarau. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Umar ketika itu. Namun semua usahanya menemui jalan buntu. Oleh itu, Umar telah memanggil beberapa orang sahabat untuk berbincang bersama untuk mengatasi masalah tersebut. Pabila semua sahabat telah berkumpul di rumahnya, maka Umar pun berkata " Wahai para sahabat, siapa disini yang baru bertaubat?". Maka seorang sahabat menjawab, "Wahai Umar, aku ada mengenali seorang pemuda yang baru bertaubat". Apabila mendengar sahaja bicara sahabatnya, maka Umar pun menyuruh sahabat tersebut memanggil pemuda tersebut.
Tidak lama selepas itu, pemuda itu datang ke rumah Umar. Umar terus menyuruh pemuda tersebut berdoa agar ALLAH menurunkan hujan. Dengan izin-Nya, tidak lama selepas itu hujan pun mencurah-curah turun dari langit...

Melalui kisah tersebut, dapat dibuktikan bahawa kuasa taubat sangat kuat. Apabila kita sudah bertaubat daripada melakukan dosa, maka ALLAH akan terus memakbulkan doa kita. Tapi adakah taubat yang kita lakukan, adalah taubat nasuha? Jika kita kerap solat taubat, tapi kita masih melakukan dosa yang sama, maka taubatkah namanya?


Surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".

Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya".



Thursday, September 24, 2009

Cintakah? Jawapan untuk Ada apa dengan Cinta

Saya seronok sekali apabila membaca satu post dari seorang sahabat yang mempersoalkan tentang cinta. Seronok bukan kerana saya ni 'mat jiwang', tapi kerana persoalan yg ditimbulkan, menarik minat saya. Kadang-kala, saya teringat kembali zaman-zaman remaja saya yang lepas. Penuh dengan keseronokan, dan juga kelalaian. Lepas sahaja PMR, terus lupa apa yang sepatutnya diingati...

Berbalik kepada perihal tadi, seingat saya, saya pernah naik ke floor atas(floor saya takde line :p) semata-mata untuk buat call. Dari pukul 12, sampaila pukul tiga pagi. Saya sendiri tak tahu apa yang saya borakkan bersama 'kawan' yang berada di JB ketika itu. Tiga jam saya bazirkan untuk seseorang yang saya sendiri tak pasti siapa dia di hati saya. Tapi apa yang pasti, ketika itu saya hanya berfikir tentang keseronokan. Keseronokan apabila mendapat perhatian daripada seorang kaum Hawa. Ya, seorang perempuan. Dan akibat tidur lambat, hampir-hampir subuh saya tinggalkan. Mujurlah seorang kawan yang kini menjadi seorang sahabat mengejutkan saya untuk menunaikan solat. Adoi, betapa kuatnya penangan 'cinta' sampai solat pun, orang lain yang jaga untuk kita...Dan, sememangnya ketika itu saya tidak rasa bersalah...
Tapi seingat saya dua minggu lepas itu, saya dan 'kawan' saya tadi telah memutuskan hubungan yang dikatakan hubungan yang 'suci'(sucikah?hahaha). Si 'kawan' itu mengatakan bahawa saya ini disukai oleh orang lain (benarkah?). Dan dengan alasan itu kami putus. Wah...mudahnya. Ikat dan putus. Putus dan ikat. Kalau beginilah yang dikatakan cinta sejati, amankah dunia?

Konklusi(berdasarkan pengalaman saya)yang boleh saya sampaikan mudah sahaja:

-CINTA 'SEJATI' IALAH-

1. Menghabiskan nilai kredit telefon pra-bayar untuk berbual dengan si dia sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa?

2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh gadis yang anda minati.

4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus halaman dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walau satu muka surat setahun!

5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang langsung wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

6. Susah hati jika tidak menerima sms daripada si dia sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita kepada bapa di kampung.

7. Memakai pakaian sehabis cantik untuk dating sedangkan hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

8. Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I love U' berbanding 'Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar

(dipetik daripada http://tarbiyyatulummah.blogspot.com/2009/09/ada-apa-dengan-cinta.html)


-Sayiditina Aisyah R.A "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"-

Wednesday, September 23, 2009

Tolong Sampaikan

Tolong sampaikan pada si dia.

Tolong beritahu si dia, bahawa aku ada pesanan buatnya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan si doa, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa akan gerangan si dia..

Moga pesananku sampai padanyawalau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa, yang memasuki taman larangan dengan sopan santunnya lantas bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

Begini pesananku….

Pertama sekali, Assalamualaikum untuk dirimu..

Saya tidak mampu memahami akan perasaan ini yang mencul tiba-tiba dalam diri ini. Saya juga tidak mengerti akan mengapa begitu utuh perasaan ini bersemadi erat dalam hati saya di hari yang indah ini, yang membuatkan saya begitu berani unutk mencoretkan sesuatu untuk awak yang tidak pernah saya kenali..

Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya pada sesiapa, apatah lagi untuk meluahkan sesuatu yang dikhususkan untuk awak sebelum tiba masanya. Hal ini menuntut sesuatu yang perlu saya jaga dengan rapi selama ini semata-mata untuk awak, itulah hati dan cinta saya.

Semenjak kecil, saya dididik oleh ibunda sepaya menjaga maruah diri, kerana Allah menetapkannya hanya untuk diri awak suatu hari nanti. Kata Ibu, tanggungjawab ibu bapa kepada anak perempuan adalah menjaga dan mendidiknya sehinggalah suatu ketika nanti akan dating seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, bagi saya, awak sudah wujud dalam diri saya semenjak waktu itu lagi, malahan sebelum itu pun.

Sepanjang unur saya ini, saya telah menutup pintu hati ini daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi awak. Saya berkeras menghalang diri daripada mengenali mana-mana lelaki apatah lagi untuk memahami mereka melainkan awak. Kerana itulah saya sedaya-upaya untuk membatasi pergaulan saya dengan yang bukan mahram saya. Saya lebih suka berada di rumah daripada menghabiskan masa di luar. Saya sering sahaja berasa tidak selamat apabila diperhatikan oleh lelaki. Bukanlah maksud saya untuk bersangka buruk pada mereka, tetapi adalah lebih baik untuk saya agar berjaga-jaga.

Saya akan palingkan wajah saya daripada lelaki yang asyik merenung saya malahan kepada yang cuba untuk merenung saya. Saya seboleh-bolehnya akan melarikan pandangan daripada lelaki kerana masih terngiang-ngiang di telinga saya akan pesanan isteri nabi, Sayiditina Aisyah R.A yakni sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Tidak terlintas dalam hati saya untuk dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik dimata awak. Apa gunanya saya jadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya dan akan menjadi milik awak seorang sahaja. Saya tidak berasa bangga sekiranya menjadi rebutan lelaki, bahkan saya terasa terhina diperlakukan sedemikian, seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Saya juga tidak mahu menjadi punca kegagalan seseorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya sampaikan. Bagaimana saya akan menjawab di hadapan Allah kelak andai disoal?. Adakah itu sumbangan saya kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Jika saya inginkan lelaki yang baik unutk menjadi suami saya, saya juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak saya nafikan sebagai remaja saya mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi, namun setiap kali perasaan itu dating, setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana itu adalah milik awak. Allah sudah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci. Bukanlah hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang sudah dibahagi-bahagikan.

Tetapi, suatu ketika itu saya diuji oleh Allah apabila seorang lelaki secara tidaksengaja mahu berkenalan dengan saya. Namun, saya secara kemas menolak. Pelbagai alas an saya berikan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti disitu, dia sentiasa menghubungi dan mengganggu saya. Saya berasa amat tidak tenteram, sehingga merasakan seolah-olah seluruh hidup saya yang ceria selama ini sudah dirampas daripada saya.

Saya beristighfar memohon keampunan Ilahi. Saya juga bedoa supaya Allah melindungi diri saya daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan awak. Saya dapat rasakan awak seolah-olah wujud bersama saya. Saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah saya untuk memilih berlian sedangkan saya hanyalah sebutir pasir yang ada dimana-mana sahaja. Tetapi, saya juga ada keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin saya kea rah tuju yang satu.

Awak tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkan saya terpikat. Andainya awak jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dalam hati saya, juga dalam hati awak apabila kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang diberikan oleh ibu bapa saya. Apa guna awak menimbunkan harta untuk kemudahan saya sekiranya harta itu membuatkan awak alpa pada tanggungjawab terhadap agama. Saya tidak akan sekali-kali bahagia melihat awak sebegitu rupa. Biarlah kita hidup dibawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi saya..

(9:129) > Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan


Original post from Aminah Amatullah, Wernigerode, East Germany
Translated by Muhammad Hafiz bin Haji Khalid, Hradec Kralove, Czech
(regenesi0206.hadithuna.com)

Mencari Al-Qadr

Apabila terlajak dek kepincangan iman, jiwa bergelodak dan hati bagaikan disiat-siat.
Tapi sesungguhnya peluang masih ada, masih ada untuk kita kembali kepada-Nya.
Masih ada. Masih wujud untuk kita. Cuma kita sendiri yang tidak menyedarinya. Ramadhan yang sudah berlalu, disia-siakan begitu sahaja. Alangkah ruginya. Diri sentiasa menyangka bahawa roh masih lagi bersama jasad pada Ramadhan seterusnya. Begitu yakin sekali. Yakin dan angkuh! Tetapi sesungguhnya tiada siapa di semesta ini yang boleh mengatakan " Sesungguhnya aku amat yakin bahawa aku akan hidup pada esok hari". Hanya Allah yang boleh menentukan hidup dan MATI. Dianggarkan bahawa 155000 orang manusia akan mati setiap HARI! Dan tidak mustahil bahawa KITA akan menjadi salah satu daripada angka tersebut. Tiada siapa yang tahu. Maka, kembalilah kepada-Nya. Sesungguhnya kita masih belum terlambat.

Niat setiap muslim pada awal Ramadhan. "Aku ingin berubah pada Ramadhan kali ini. Aku ingin berubah dan aku ingin berubah. Aku ingin qiam pada malam hari. Aku ingin qiam pada setiap malam. Aku inginkan lailatul qadr"

MALAM PERTAMA
- hari pertama berpuasa. Aaahh penat. Aku harus tidur awal.

MALAM KEDUA
- Banyaknya kerja yang aku harus selesaikan...(akhirnya tertidur di meja kerja)

MALAM KETIGA hingga MALAM KEDUAPULUH
- Ulama kata, lailatul qadar terdapat pada 10 malam terakhir

MALAM KEDUA PULUH SATU
- Kawan, kejutkan aku pukul 2 pagi. Aku ingin qiam. Tepat pukul dua pagi, si kawan mengejutkan kita. Kita bangun dan beredar. Bukan untuk berwuduk, tapi untuk menyambung lena.

MALAM KEDUA PULUH DUA
- Ustaz cakap, malam yang ganjil saja

MALAM KEDUA PULUH TIGA
- Kunci penggera handfon. Handfon berbunyi, penggera dimatikan.

MALAM KEDUA PULUH EMPAT
- Malam ganjil sahaja

MALAM KEDUA PULUH LIMA
- penat stay-up sampai tengah malam, akhirnya tertidur tanpa sebarang rakaat.

MALAM KEDUA PULUH ENAM
- ganjil!

MALAM KEDUA PULUH TUJUH
- bangun pada 2 pagi. Menuju ke surau. Tapi akhirnya terlelap sehingga ke azan subuh di koridor surau.

MALAM KEDUA PULUH LAPAN
- nak raya dah. esok balik kampung. kena tidur awal ni...

MALAM KEDUA PULUH SEMBILAN
- kenyangnya berbuka....

MALAM KETIGA PULUH
- aduh, terlepas lagi Al-Qadr....



Saya teringat kata-kata seorang sahabat juga merangkap kepala jemaah kami "Rasullullah pernah berkata, jika pada Ramadhan seorang hamba itu tidak berubah, maka binasalah dia"

Jadi kita sama-sama berfikir sejenak, adakah kita berubah, atau sebaliknya...
Kita sama-sama doakan agar ALLAH memberi hidayah kepada kita agar sempat untuk kita kembali...Insyaallah

Wednesday, August 5, 2009

Kematian seorang .... ??

Denyut nadiku hampir berhenti.. saat demi saat, denyutan terus perlahan...dan aku tidak mungkin menongkah arus takdir. selamat tinggal dunia yg kejam...

Tuesday, June 2, 2009

Hidupkah lagi?

KISAH
TENTANG HIDUP
HIDUPKAH LAGI DIRIKU?
HIDUPKAH LAGI DIRIMU?
SECANGKIR MADU?
SECEBIS RINDU?
DIBUAI SAYU
DIA AYU
AYU!

Friday, May 8, 2009

Saturday, May 2, 2009

Hidup?

Hidup ini penuh mencabar.
Hidup ini penuh debar.
Hidup ini cemburu.
Hidup ini manis.
Hidup ini pahit.
Hidup ini derita.
Hidup ini sengsara.
Hidup ini kejam.
Hidup ini perang.
Hidup ini diktator.
Hidup ini tidak adil.
Hidup ini musuh.
Hidup ini bukan kawan.
Hidup ini kecewa.
Hidup ini ditindas.
Hidup ini seorang.
Hidup ini sepi.
Hidup ini sunyi.
Hidup ini senyap.
Hidup ini sedih.
Hidup ini TIDAK ABADI.....

Friday, May 1, 2009

Sesuatu yang mendebarkan tentang TAKDIR

T.A.K.D.I.R

Huh, memang bergetar jiwa pabila mendengar lafaz itu. Takdir dan takdir...qada' dan qadar..ketentuan dan pelaksanaan ALLAH. Semuanya sama. Tiada yang beza.

"Ya ALLAH jika sudah ditakdirkan aku tidak mendapat 9A1 dalam SPM kelak, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika sudah ditakdirkan bahawa aku akan ditindas pada masa depan, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika pada masa hadapan, aku masih lalai dan leka, maka ubahlah masa hadapanku".

"Ya ALLAH jika ditakdirkan aku gagal mendapat tempat di luar, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika ditakdirkan aku bersedih pada masa akan datang, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika ditakdirkan aku menangis kerana kelaparan kelak, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika aku ditakdirkan tiada berkeluarga pada masa depan, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika aku ditakdirkan mati, maka matikanlah aku dalam ISLAM.....".


sumber inspirasi : Puan Asiah bt Ambia

Monday, March 16, 2009

Teja dan Tejaku


Teja
Wangi ikal mayangmu
Merah delima merekah
Seri bak bulan lima belas
Pekertimu yang agung
Tiada ku jumpa lagi.

Tejaku sudah layu
Bukan bak Teja yang ayu
Kasihnya dan kasihmu
Tiada serupa
Hanya di mata yang Melayu
Di hati tiada.

Wahai Tejaku,
Bangunlah,
Pahatkan sejarah
Ukirkan kemilau
Yang tiada mungkin
Biarkan Teja tersenyum!

Sunday, March 15, 2009

Auratmu bukan milikku



































"Aku menyintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu. Dan jika kamu hilangkan agama dari diri kamu, maka hilanglah cintaku"

Kepada kaum-kaum Hawa sekalian, adik-adik,kakak-kakak,cikgu-cikgu,puan-puan,puan sri,datin sri sekalian, adakah kalian tergolong dalam 6 golongan di atas. Atau mungkin anda lebih teruk? Tepuklah dada tanya iman...

Kisah Cintakah?





Night club itu masih meriah sepeti biasa. Seperti dulu-dulu. Sejak dari pembukaan sampai hari ini masih sama kondisinya. Tiada perubahan. Pengunjung pun masih ramai yang datang. Rata-rata mereka yang mengunjungi serambi neraka ini adalah orang-orang yanghebat. Hebat-hebat belaka. Lidah fasih melafazkan dua kalimah agung. BertuhankanTuhan Ibrahim dan Muhammad. Berkitabkan Al-Quranul Karim. Bermazhabkan Shafie. Tapi lagaknya seperti iblis laknatullah adalah sembahan mereka. Bila ditanya adakahbetul tindakan mereka itu, mereka menjawab, "Demi mencapai kemajuan, kita harusmenjadi manusia yang versatil. Lihat tamadun barat, mereka tahu semua benda. Mereka bijak. Mereka pintar. Mereka harus dijadikan role model. Kita harus menyanjungimereka. Hidup barat! Hidup barat!" Aaaaahhhhh! Persetankan barat. Ikut barat berertiterjun dari titian sirat. Ikut barat umpama mengupah tukang rumah membina kediaman di tapak Al-Jahanam. Ikut barat sama seperti menempah tiket ke Sakar. Ya Allah, janganlah Engkau hukum mereka ketika mereka lalai dan lupa. Jangan sesekali Ya Allah. Namun, apabila mereka telah melampaui batas, haramkan kaki mereka dari menginjak tanah Ad-din. Haramkan hidung mereka dari mencium wangi Jannatul Makwa!
Disudut kiri night club itu, kelihatan seorang lelaki duduk berseorang di kerusi bar sambil menekup muka. Rambutnya kusut. Sekusut fikirannya kini.
"Kamu telah bunuh Nadia. Kamu bunuh anak aunty. Kamu pembunuh!".
"Kak Nadia dah tak ada. Kenapa abang tak selamatkan kakak? Kenapa?"
Suara-suara itu menghantui fikirannya lagi. Dan bayangan seorang wanita bermain di kotak mindanya. Darah berlumuran di kepala. Dia masih ingat, yang dia mengangkat perempuan itu ke dalam ambulans. Dia juga turut serta menaiki ambulans itu. Dia masih ingat segala-galanya. Sebulan yang lalu. Hari Sabtu…
"Hamim, thanks for the present. I love it my dear". Nadia senyum selepas menghabiskan kata-katanya.
Hamim pun turut senyum. Hatinya cair melihat senyuman manis tunangnya. Baginyatiada perkara yang lebih indah melainkan senyuman Nadia. Kasih sayangnya hanyatertumpah kepada gadis kacukan Melayu-Arab itu. Nadia adalah jiwanya dan jiwanyaadalah Nadia. Kereta yang dipandu diberhentikan di bahu jalan.
"Sayang, I nak beli drinks. You nak air apa?".
"Belikan I mango juice ya".
Hamim senyum. Dia terus melangkah masuk ke dalam supermarket yang dibuka 24 jam itu. Dia ambil sebotol jus manga untuk Nadia dan sebotol jus oren untuk dirinya.
Booooommmmmm!
Satu dentuman yang maha kuat kedengaran di luar sebaik sahaja jurujual itumenghulurkan wang baki. Hamim terkejut. Sama seperti jurujual itu. Dia cepat-cepatmelangkah keluar. Dia sudah rasa tidak sedap hati apabila ramai orang berkerumun disatu tempat. Dan plastik berisi minuman yang dipegangnya jatuh dengan serta mertaapabila melihat kereta Honda Civicnya sudah remuk bersama sebuah kereta yang lain.Dia terus meluru kearah keretanya.
"Telefon ambulans. Cepat!", suara seorang lelaki kedengaran dari kelompok orang ramai itu.
Hamim terus mengangkat Nadia keluar dari kereta yang telah remuk bahagianbelakangnya itu. Kepala tunangnya berlumuran darah. Beberapa orang pemuda turutkelihatan membantu mangsa yang lain. Hamim memangku kepala Nadia. Seluarnyadibasahi darah yang mengalir dari kepala Nadia. Hamim sebak. Air matanya mula bercucuran. Ambulans sampai. Dua buah. Dia mengangkat Nadia masuk ke dalam salah satu ambulans itu.
"Bro, lu nampak macam ada problem je".
Hamim terkejut seraya memandang ke belakang apabila bahunya ditepuk dari belakang. Lamunannya terhenti. Seorang lelaki yang berkumis tebal senyum lebar kearahnya. Dia langsung tidak mengenali lelaki tersebut.
"Lu try barang ni. Gua bagi free. Telan dua biji terus ok", tambah lelaki itu sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Hamim keseorangan.
Dua biji pil warna biru muda di atas meja bar itu ditatapnya. Hamim ambil sebiji pil itu. Ditenungnya dekat-dekat dan dia telan kedua-dua pil itu satu persatu disulami dengan tegukan coke yang dipesannya tadi. Hamim mula rasa lain macam. Dia jatuh terjelopok di atas sofa biru berhampiran dengan meja bar. Kepalanya terasa amat berat. Namun itu hanya seketika. Kini dia rasa sangat tenang. Sangat aman. Dia bagaikan ada di sebuah taman bunga. Sangat indah pemandangan. Dan dia lihat seekor rama-rama terbang dan hinggap di pergelangan tangannya. Dia rasa seronok apabila seekor lagi rama hinggap di kepalanya. Dia bagaikan berada di syurga. Tiba-tiba dua ekor rama-rama tadi terbang. Dia kejar rama-rama itu seboleh-bolehnya. Tidak lama selepas itu, dia nampak rama-rama tadi hinggap di atas kepala seorang wanita. Hamim senyum. Dia kenal sangat dengan wanita itu. Dibelai rambut wanita itu sehingga rama-rama yang hinggap terbang entah kemana. Hamim senyum lagi. Wanita tadi perlahan-lahan memalingkan mukanya kearah Hamim. Tapi apa yang mengejutkan adalah muka wanita itu berlumuran dengan darah!
Hamim ingin lari tapi kakinya seakan-akan lumpuh. Wanita itu ingin menerkamnya.Hamim pejam mata rapat-rapat. Dia takut sangat. Tiba-tiba imej wanita tadi bertukarmenjadi Aunty Zara, ibu Nadia.
"Kamu pembunuh! Kamu pembunuh! Nadia mati sebab kamu", Aunty Zara jerit kuat-kuat kepadanya.
Hamim cuba untuk bersuara namun lidahnya bagaikan disimen. Kelu. Kemudian imejAunty Zara perlahan-lahan bertukar menjadi imej Najja, adik Nadia. Najja menangis.Mukanya merah.
"Abang Hamim sanggup buat macam ni kat Najja. Kak Nadia satu-satunya kakak Najja. Kenapa abang tak selamatkan kakak? Kenapa? Najja tak pernah sakitkan hati abang. Kenapa abang sanggup lukakan hati Najja? Kenapa?"
"Woi, nak tidur balik rumah la!", satu suara parau menusuk gegendang telinganya. Hamim tersentak. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia lihat seorang lelaki Melayu di hadapannya. Muda lagi. Sebelah kirinya terdapat seorang wanita Cina berpakaianblaus dan skirt sendat warna merah tersenyum kepadanya.
"Tunggu apa lagi! Blah la! Orang lain pun nak duduk", marah lelaki tersebut.
Hamim terus angkat kaki. Kepalanya masih terasa berat. Namun dihiraukannya.Dia mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar belah kiri. Masuk sahaja ke dalam kereta, dia terus menghidupkan enjin dan berlalu pergi meninggalkan night club yang masih penuh dengan manusia-manusia yang sedang berpesta sakan.

*******************


Panahan sang suria menyilaukan matanya. Hamim bingkas bangun dari pembaringan. Dilihatnya jam di dinding tepat pukul sembilan pagi. Dia menggeliat kemudian terus mencapai tuala. Habis sahaja mandi, dia bersiap-siap untuk sarapan. Biasanya dia akan bersarapan di luar. Begitulah rutin hariannya sebagai anak tunggal yang telah kehilangan segala-galanya. Ibu bapanya telah meninggal dalam satu kemalangan tragis sejak dia berumur 10 tahun lagi. Sejak dari itu, dia tinggal dengan datuknya. Dan nama Hamim juga diilhamkan oleh datuknya. Kata datuk, namanya diambil dari ayat pertama Suratul Fussyilat. Surah kegemaran datuk. Hamim selalu dengar datuk baca surah ini. Hamim sangat rapat dengan datuk sehinggakan semua aset datuk yang bernilai lebih dari sejuta diletakkan di atas namanya. Datuk sangat sayang pada Hamim. Ketika datuk sedang menghadapi sakaratul maut, nama Hamim yang disebut selalu. Tapi apakan daya, ketika itu Hamim berada di kampus Ipwich, Universiti Queensland. Hanya doa yang dapat disedekahkan Hamim ketika itu. Pertemuan dengan Nadia di kampus itu juga menjadi penawar dukanya. Tapi cinta sucinya hancur lebur apabila Nadia turut dijemput Izrail untuk bertemu dengan Allah.
"Semuanya sembilan ringgit lima belas sen", ucap gadis cashier itu sambil tersenyum manis.
"Terima kasih", ucap gadis itu lagi selepas menerima wang bayaran.
"Sama-sama", balas Hamim, lemah.
Hamim mengangkat dulang plastik berisi burger, french fries dan jus oren. Dibawanya ke meja paling hujung. Habis burger, dijamahnya pula french fries. Sedang dia asyik menikmati sarapan, matanya tertancap pada satu figura yang sangat dikenali. Nadia! Nadia berdiri di hadapan pintu utama restoran makanan segera itu. Hamim terlopong. Matanya tidak berkelip. Dia bingkas bangun. Nadia lari. Hamim terus mengejar Nadia semahu-mahunya. Namun Nadia hilang dari pandangan. Hamim sedikit hampa. Matanya melilau mencari kelibat tunangnya. Tiba-tiba dia lihat Nadia sedang melintas jalan untuk ke seberang sana. Dia pun ikut sama. Ketika jasad lelaki itu berada di tengah-tengah jalan, sebuah kereta meluru ke arahnya! Hamim tergamam. Hon berbunyi kuat.

*******************


"Alhamdulillah, kamu sudah sedar", satu suara yang tidak dikenali menerjah telinganya.
Hamim buka mata perlahan-lahan. Dilihatnya seorang lelaki separuh abad tersenyum kearahnya. Mata Hamim melilau ke kiri dan ke kanan.
"Saya dimana", tanya Hamim, sedikit cemas.
"Tenang aja. Kamu berada di rumahku. Siang tadi pak hampir-hampir menabrak kamu. Mujur kamu pengsan aja. Syukur", jawab lelaki itu. Dialek Indonesia jelas kedengaran
"Er, saya dekat Indonesia ke sekarang?"


"Waduh,waduh! Kamu ini ada-ada aja. Kamu berada dirumahku. Di Taman Tun Ismail. Pak memang asalnya orang Indonesia, tapi menetap di sini. Nama pak Haji Hilmi. Haji Hilmi bin Mehmet Farabi. Panggil aja Pak Haji".
Hamim angguk. Otaknya ligat berfikir tentang perkara yang telah berlaku tadi. Dia ingat kembali. Ketika itu dia sedang mengejar seseorang. Dan ketika dia sedang mengejar, sebuah kereta hampir-hampir melanggarnya. Dia pengsan saat itu juga. Namun dia masih tidak dapat mengagak siapakah yang dikejarnya.
"Jemput minum ya", seorang wanita, lingkungan 40-an membawa dulang berisi teh panas serta kuih karipap.
"Ya, ya. Terima kasih", ucap Hamim, sedikit terkejut.
Haji Hilmi tersenyum melihat gelagatnya.
"Itu isteri pak, Hajjah Fatmawati", jelas Haji Hilmi.
Hamim mengangguk. Haji Hilmi masih tersenyum.
"Oh ya! Apa nama kamu?"
"Hamim", jawabnya ringkas.
"Siang tadi kamu umpama sedang mengejar sesuatu. Apa yang dikejarnya?", Haji Hilmi merancakkan bicara.
Hamim tersentak. Dia teringat tentang bayangan Nadia yang dikejarnya. Hamim menjelaskan segala-galanya kepada Haji Hilmi. Bermula dengan kematian kedua ibu bapanya, kematian datuknya, pertemuan dengan Nadia serta kemalangan yang menimpa Nadia. Hajjah Fatmawati yang baru duduk di sisi suaminya sebentar tadi turut mendengar dengan khusyuk. Air matanya hampir-hampir mengalir. Sudah pasti wanita berketurunan Cina itu tersentuh mendengar kisah Hamim yang penuh duka. Hamim turut menceritakan tekanan yang dihadapinya kini. Tekanan dari Aunty Zara serta tekanan dari Najja. Dia ceritakan segala-galanya. Dia sedikit pun tidak berselindung. Baginya, Haji Hilmi adalah manusia yang paling sesuai untuk berkongsi masalah dengannya. Dia tidak punyai darah daging yang lain. Dia tidak punyai teman yang sangat rapat untuk berkongsi segala masalah. Walaupun dia ada Zam, Fatin, Fahmi, Aina serta Naqib, tapi dia tidak rasa teman-teman sekerjanya itu dapat membantunya. Entah mengapa apabila bertemu dengan Haji Hilmi, hatinya terbuka untuk meluahkan segala-galanya.
"Kamu harus sabar. Itu semua dugaan dari Ilahi. Kamu mesti tabah menghadapinya. Allah tidak suka akan orang yang berputus asa dan sentiasa keluh-kesah. Ingat, Allah telah berfirman dalam Suratul Al-Ma'arij ayat 19 hingga 22, Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh kesah dan kikir sifatnya. Apabila ditimpa kesusahan ia gelisah. Dan apabila ia mendapat kebaikan, ia kikir selalu.Kecuali mereka yang mengerjakan salat.Oleh itu, seharusnya kamu menjaga salat. Salat adalah tiang agama dan pendinding dari godaan syaitan", nasihat Haji Hilmi.
"Pak Haji, selepas kejadian yang menimpa tunang saya, saya sudah tak kenal sejadah", Hamim berterus terang. Air mata keinsafan mula belinangan di kelopak matanya.
"Astargfirullahalajim! Sampai begitu sekali", Haji Hilmi mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Tidak mengapa Hamim. Mulai saat ini, kamu mulakan hidup baru. Lupakan segala duka. Kembalilah pada jalan yang mustaqim. Pak yakin, Allah akan sentiasa bersama kamu" tambah Haji Hilmi lagi.


"Ya, Pak Haji. Terima kasih", jawab Hamim lantas menyeka air mata.
"Ya udah. Jemput minum. Sudah sejuk teh itu", Haji Hilmi menghulurkan secawan teh kepada Hamim.
Hamim ambil. Diteguknya sedikit demi sedikit. Haji Hilmi mula menceritakan sedikit sebanyak tentang dirinya kepada Hamim. Dia merupakan lulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Begitu juga dengan Hajjah Fatmawati. Mereka bernikah di sana.Haji Hilmi berketurunan Turki manakala Hajjah Fatmawati berdarah Cina-Bugis. Rumah tangga mereka dikurniai dua puteri. Yang sulung namanya Nur Aisya dan yang bongsunya bernama Nur Anisa. Aisya adalah lulusan Universiti Cairo manakala Anisa sedang belajar di UIA. Disebabkan tidak mahu berpisah dengan anak bongsu kesayangannya itu, Haji Hilmi sanggup berpindah ke Kuala Lumpur. Sedang mereka rancak berbicara, suara beberapa orang kanak-kanak lelaki memberi salam kedengaran di luar rumah. Haji Hilmi menjawab salam mereka dan disuruhnya tiga kanak-kanak itu pergi ke bilik bacaan yang disediakan khusus untuk kelas mengaji Al-Quran.
"Hari ini Pak Haji ada tetamu. Jadi Pak tak bisa ajarkan kamu baca Quran. Kamu mengaji dengan Akak Aisya ya",
Kanak-kanak bertiga itu mengangguk serentak. Mereka tidak membantah. Laju saja kaki mereka melangkah ke bilik bacaan. Pintu bilik diketuk perlahan. Haji Hilmi, Hajjah Fatmawati serta Hamim tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu.
"Itu semua anak jiran-jiran Pak. Mereka selalu datang mengaji Quran disini", jelas Haji Hilmi.
Hamim angguk. Tidak berapa lama selepas itu, suara seorang wanita melafazkan kalimah-kalimah Al-Quran dari Suratul Fussyilat kedengaran. Lantunan suara itu begitu merdu. Hamim bagaikan terpukau apabila suara lunak itu menggegarkan gegendang telinganya. Tidak pernah dia mendengar suara nan indah seperti itu sebelum ini!


***************************


Azan zuhur berkumandang. Hamim bingkas bangun dari tidur. Dia terlelap di sofa diruang tamu sejak pulang dari rumah Haji Hilmi. Dia bangun dan terus masuk ke dalam biliknya. Tingkap yang masih terkatup dibukanya. Kemudian, dia terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Hamim terkenang kembali peristiwa yang berlaku pagi tadi. Dan paling dia tidak lupakan apabila terpandang buat pertama kali wajah manis Aisya. KetikaHaji Hilmi ingin menghantarnya pulang ke rumah, Aisya cepat-cepat keluar dari bilik bacaan untuk menyuruh abinya membeli sampul surat. Saat matanya bertemu dengan mata Aisya, dia bagaikan dipukau. Namun dialihkan matanya cepat-cepat. Jiwanya lemah longlai apabila gadis sulung Haji Hilmi itu tersenyum kearahnya. Hamim tersenyum sendirian. Dia memandang sejadah yang terlipat di dalam almari yang terbuka itu. Hamim bingkas bangun dan terus berwuduk!
Tiga bulan telah berlalu. Kini Hamim semakin rapat dengan keluarga Haji Hilmi. Pernah satu hari ketika ketiadaan Haji Hilmi di rumah, Hajjah Fatmawati meminta bantuan Hamim untuk mengambil Anisa dari UIA. Ibu kepada dua puteri itu tidak kisah kerana dia yakin dengan budi pekerti anak muda itu. Anisa pun sudah mengenali Hamim. Dia sudah menganggap Hamim sebagai abangnya sendiri. Dia sendiri memanggil Hamim dengan panggilan 'Kang Hamim'. Lelaki itu tidak kisah kerana dirinya sendiri pun tidak punyai adik. Lagipun Hamim sangat menyenangi sikap Anisa yang peramah dan murah dengan senyuman.
" Anisa, kalau senyum batu kerikil pun boleh cair. Manis sangat", Hamim menyakat Anisa.
"Tapi tidak semanis senyuman Mbak Aisya kan?", balas Anisa.
Hamim tersipu-sipu. Haji Hilmi, Hajjah Fatmawati dan Anisa tergelak melihat Hamim yang sudah merah pipinya. Tiga beranak itu seakan-akan mengetahui isi hati Hamim. Mujurlah petang itu Aisya tiada di rumah kerana menemani Kak Murni, jiran sebelah rumah bershopping di Suria KLCC. Kalau tidak pasti di'gulai'nya Anisa. Sekitar pukul lima petang, Hamim meminta diri. Tiga beranak itu mengiringi Hamim sehingga ke pintu besar. Hamim bersalaman dengan Haji Hilmi sebelum melangkah keluar.
"Abi, Anisa tengok Kang Hamim tu baik banget ya", Anisa senyum, menampakkan lesung pipit di sebelah kiri pipinya.Haji Hilmi mengangguk.
"Ya, memang dia seorang anak muda yang baik. Kenapa? Kamu suka sama Hamim?", Haji Hilmi mengusik.
" Bukan suka sama dia. Tapi suka kalau dia dijadikan suami Mbak Aisya", Anisa senyum lagi.Dalam masa yang sama, Aisya telah pulang. Dia memberi salam lantas masuk ke dalam rumah sambil membawa dua beg plastik berisi pakaian. Haji Hilmi, Hajjah Fatmawati dan Anisa ketawa apabila melihat Aisya yang baru pulang dari bershopping itu. Aisya hairan melihat gelagat keluarganya.
"Apa yang lucunya?"

*************************

Sesudah solat subuh, Hamim duduk di atas katil. Dia beristighfar. Mimpinya malam tadi mengganggunya untuk khusyuk dalam solat subuh.Ketika itu, dia sedang berada di dalam sebuah masjid. Masjid itu sunyi sepi tanpa sesiapapun. Mungkin manusia lain masih lena dibuai mimpi indah. Dia berdoa kepada Allah selepas solat tahajjud. Dia berdoa kepada Allah agar ditetapkan hatinya dalam Islam. Diampunkan segala dosanya, baik dosa yang lepas, dosa akan datang, dosa yang yang dilakukan dalam keadaan sedar serta dosa yang dilakukan ketika lalai. Dia juga tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan roh ayah, ibu, datuk serta Nadia. Dia berharap sangat agar mereka diletakkanNya dalam golongan muslimin dan muslimat serta dijauhi dari azab kubur. Amiinn!Habis sahaja doa, dia bangkit dari duduknya. Dia berjalan keluar dari masjid yang sepi itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki yang berjubah hitam. Lelaki itu memanggilnya. Hamim menghampiri lelaki itu. Sebaik sahaja Hamim berada di hadapan lelaki itu, sebilah pisau menembusi dada dan tepat menikam jantungnya. Hamim menggelupur di lantai berjubin putih itu.
"Ikutilah aku jika kamu inginkan kehidupan kedua", kata lelaki itu.
Hamim menggeleng dan menyatakan dia tidak mahu. Sebaik sahaja dia menghabiskan kata-kata, sebilah pisau yang sebesar lengan menusuk perutnya pula. Hamim meraung!Deringan handphone menghapuskan lamunannya. Hamim beristighfar panjang. Dia tahu mimpi itu datang dari syaitan laknatullah!

Diambil handphone yang terletakkan diatas meja bulat disebelah katilnya. Mesej dari Anisa.
( Salam. Abi nak ajak Kang Hamim ke Gombak. Ada ceramah katanya. Kang Hamim mau ikut?)
Jarinya pantas menekan kekunci handphone.
(Boleh saja. Anisa ikut tak?)
(Tak. Anisa ada kuliah jam 9:30 nanti)
(Siapa hantar?)
(Abi. Kang Hamim mau hantarkah? Lagipun tempat ceramah dekat dengan UIA)
(Boleh)
(Ma kasih ya. Okla Anisa nak siap-siap. Salam)
Hamim meletakkan kembali handphonenya di atas meja bulat. Dia terus mandi dan bersiap-siap. Tepat pukul lapan pagi kereta Honda CRV milik Hamim sudah berada di hadapan rumah Haji Hilmi. Salam diberi. Haji Hilmi menyambutnya.
"Waalaikummussalam. Sudah sampainya. Ayo, makan pagi dulu" jemput Haji Hilmi
Hamim mengekori Haji Hilmi ke dapur. Sampai di meja, dia duduk bersebelahan dengan Haji Hilmi. Di dapur, hanya Hajjah Fatmawati yang kelihatan.
"Mana Aisya dan Anisa?" tanya Hamim selepas meneguk teh.
"Itu. Baru siap" Haji Hilimi menjuihkan mulutnya ke arah puteri-puterinya.
"Assalamualaikum Kang Hamim" Anisa memberi salam.
"Waalaikummussalam", balasnya.
Aisya hanya senyum. Hamim balas senyuman manis itu. Mereka berkudapan bersama-sama bagaikan sebuah keluarga. Siap kudapan, Haji Hilmi, Hamim serta Anisa terus berangkat. Empat puluh minit kemudian, kereta Volvo milik Haji Hilmi yang dipandu Hamim sampai di Masjid An-Nur. Sebelum itu, mereka singgah sebentar di UIA untuk menghantar Anisa. Ceramah belum bermula. Mereka sampai awal setengah jam.
Mereka berbual-bual sementara menunggu ceramah bermula. Hamim banyak bertanya tentang Aisya. Dia nekad. Dia akan menyatakan hasratnya untuk menyunting Aisya kepada Haji Hilmi.
"Hamim. Pak ingin mohon ampun. Sebenarnya Aisya sudah bertunang dengan laki-laki pilihannya" kata-kata Haji Hilmi bagaikan curahan asid yang dituang ke dalam telinganya.
Hamim mengeluh. Dari riak wajahnya jelas menampakkan dia kecewa. Dia sendiri tidak menyangka Aisya sudah berpunya sedangkan melalui Anisa, dia tahu Aisya belum punyai sesiapa di hatinya. Dan Anisa juga pernah berkata bahawa Aisya juga meminati dirinya.
"Sabarlah Hamim. Dunia ini memang penuh dengan dugaan. Lagipun bunga bukan sekuntum", Haji Hilmi menenangkan Hamim.
"Tapi Pak Haji, jujurnya saya telah jatuh cinta dengan Aisya sejak pertama kali saya mendengar suaranya melantunkan ayat-ayat suci dari Suratul Fussyilat tempoh hari. Saya sangat menyintai Aisya. Saya janji akan menjaganya sebaik mungkn", Hamim membuat pengakuan jujur.
" Pak faham perasaan kamu. Bersabarlah. Hamim, adakah kamu berubah dari kejahilan disebabkan Aisya?", Haji Hilmi menduga.
"Tidak Pak Haji. Itu semua kerana Allah. Hidayah dari Allah. Tapi saya yakin, Aisya adalah pengantaranya", balas Hamim, tenang.
"Adakah selepas ini kamu akan kembali kepada kejahilan?" Haji Hilmi menduga lagi."Tidak Pak Haji. Tidak sama sekali", lantang suara Hamim."Kamu pasti?", Haji Hilmi bagaikan ingin jawapan yang lebih kukuh."Demi Allah. Saya akan terus berada di jalan yang mustaqim. Jalan yang diredhaiNya", Hamim menjawab dengan yakin."Alhamdulillah. Pak bangga dengan kamu. Dan Pak sangat berbangga kerana Pak akan bermenantukan laki-laki yang punyai keyakinan yang kuat seperti kamu".



Hamim terlopong!



Saturday, March 14, 2009

Tun Teja..


Jika kita pandang kembali beberapa RATUS tahun yang lepas, pasti kita terdetik seketika mengenangkan kisah Kesultanan MELAYU Melaka. Kisah dimana Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Kisah dimana Melaka menjadi Empayar Agung. Kisah dimana Puteri Hang Li Po dibawa Tun Perpatih Putih ke Melaka. Kisah dimana Tun Teja dipaksa Hang Tuah menikahi Sultan..Dan apabila berkisahkan Tun Teja, saya sendiri tersentak seketika. Tun Teja. Tun Teja.... Aaahhh. Saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan Tun Teja apabila melihat wanita-wanita MELAYU sekarang. MELAYU yang kian melayu. Biarkanlah mereka.
*******************************************
InsyaALLAH, jika tiada aral melintang, program "DISCOVERING TUN TEJA" yang akan dijalankan seminggu selepas SPM (cadangan) pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mudah-mudahan, ALLAH Al-Rahman memberkati program murni sebegini....InsyaALLAH



Coca-Cola...kafir?


Sebuah peringatan yang hampir-hampir luput

Tuesday, January 27, 2009