Thursday, December 24, 2009

Kesinambungan drpd kisah Si Podo ( rujuk http://monologuelog10.blogspot.com/2009/12/eyymurahnye.html)

PERHATIAN : segala watak dalam cerita di bawah ini memang berkaitan dengan watak-watak yang masih hidup di dunia ini. Nama yang digunakan hanyalah nama samaran semata-mata, jika ada pihak yang terasa, itu memang disengajakan.....




PART 1

"Weh, jom ar follow aku. Lepak-lepak kat BB", suara Saini memecahkan kesunyian dorm A2.
"Jom ar. Follow kiteorang. Dah la aku nih second time gi sana", Is menyupport Saini.
Aku terdiam. Terfikir lak sebentar tadi aku dah plan ngan Arep dan Ziz untuk menghabiskan malam terakhir kami di sekolah dengan melobi di GSC.

"Ok arr...", Aku mengangguk.

" Jom, parent aku da datang", Lang muncul dengan tiba-tiba.
"Lang, aku follow skali".
"Set je"


"Adoi bebudak skarang nih..rambut pelik-pelik", Ibu Lang bersuara.
Saini yang terasa terus membackup dirinya , "Ala mak cik, sekali-sekala".
Ibu Lang hanya tersenyum sinis. Aku dan Is hanya mendiamkan diri. Hanya sekali-sekala kami mencelah. 20 minit kemudian, kami sampai di Times Square.

"Ha, Lang, nanti dah abis jalan-jalan, Lang tidur kat mana", ibu Lang sedikit teragak-agak untuk melepaskan anak beliau.

"Umah Saini", jawab Lang, ringkas.

Aku dan Is mendiamkan diri melihat sandiwara itu.

"Jom semayang isyak", Is mengajak kami semua.
Kami angguk dan terus melangkahkan kaki ke surau. Dalam perjalanan ke surau, punyalah banyak advertisement yang boleh meningkatkan syahwat.



Time selepas amik wuduk, Aku berbisik kepada Is, "Weh asal Saini pakai tu?"
Is hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.



PART 2

Di entrance Times Square, kami bertiga bertemu dengan Raim, Pattel dan Kiron.





" Jom kite pegi tengok wayang. Lepas tu, kite pegi rooftop. Ok?", Saini mula menghangatkan suasana.



Is pun pada mulanya mengikut sahaja mereka semua, tetapi aku menarik tangannya dan berkata sesuatu. Selepas perbincangan ringkas, aku dan Is terus beredar daripada tempat tersebut dengan menaiki monorail...





PART 3

Di CC. "Fuh ramainya member-member kite", Is separuh menjerit.
" Biasa la...last day", aku menjawab (nak tak nak je)

"Weh, bila ko sampai", Asmon menyapaku.
"Baru la nih...", aku tersenyum melihat gelagat Asmon.

"Weh ko ingat tak sape imam kita mase sembahyang Asar yang last kat surau sekolah petang tadi?", Asmon bertanya.

" Saini kalau tak salah aku", balasku




"Dia dah pakai rantai sekarang", Asmon menghangatkan bicara.

"Aku tau.....", balasku lagi (cam nak tak nak je)

"Camne ko taw?", tanya Asmon.

" Aku baru hang out dengan dia tadi"

" Yeke"

" Ye la"

"Asmon, nak tau something tak?"

"Ape?"

" Selama ni kita berimamkan anj....."