Thursday, September 24, 2009

Cintakah? Jawapan untuk Ada apa dengan Cinta

Saya seronok sekali apabila membaca satu post dari seorang sahabat yang mempersoalkan tentang cinta. Seronok bukan kerana saya ni 'mat jiwang', tapi kerana persoalan yg ditimbulkan, menarik minat saya. Kadang-kala, saya teringat kembali zaman-zaman remaja saya yang lepas. Penuh dengan keseronokan, dan juga kelalaian. Lepas sahaja PMR, terus lupa apa yang sepatutnya diingati...

Berbalik kepada perihal tadi, seingat saya, saya pernah naik ke floor atas(floor saya takde line :p) semata-mata untuk buat call. Dari pukul 12, sampaila pukul tiga pagi. Saya sendiri tak tahu apa yang saya borakkan bersama 'kawan' yang berada di JB ketika itu. Tiga jam saya bazirkan untuk seseorang yang saya sendiri tak pasti siapa dia di hati saya. Tapi apa yang pasti, ketika itu saya hanya berfikir tentang keseronokan. Keseronokan apabila mendapat perhatian daripada seorang kaum Hawa. Ya, seorang perempuan. Dan akibat tidur lambat, hampir-hampir subuh saya tinggalkan. Mujurlah seorang kawan yang kini menjadi seorang sahabat mengejutkan saya untuk menunaikan solat. Adoi, betapa kuatnya penangan 'cinta' sampai solat pun, orang lain yang jaga untuk kita...Dan, sememangnya ketika itu saya tidak rasa bersalah...
Tapi seingat saya dua minggu lepas itu, saya dan 'kawan' saya tadi telah memutuskan hubungan yang dikatakan hubungan yang 'suci'(sucikah?hahaha). Si 'kawan' itu mengatakan bahawa saya ini disukai oleh orang lain (benarkah?). Dan dengan alasan itu kami putus. Wah...mudahnya. Ikat dan putus. Putus dan ikat. Kalau beginilah yang dikatakan cinta sejati, amankah dunia?

Konklusi(berdasarkan pengalaman saya)yang boleh saya sampaikan mudah sahaja:

-CINTA 'SEJATI' IALAH-

1. Menghabiskan nilai kredit telefon pra-bayar untuk berbual dengan si dia sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa?

2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh gadis yang anda minati.

4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus halaman dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walau satu muka surat setahun!

5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang langsung wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

6. Susah hati jika tidak menerima sms daripada si dia sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita kepada bapa di kampung.

7. Memakai pakaian sehabis cantik untuk dating sedangkan hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

8. Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I love U' berbanding 'Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar

(dipetik daripada http://tarbiyyatulummah.blogspot.com/2009/09/ada-apa-dengan-cinta.html)


-Sayiditina Aisyah R.A "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"-