Sunday, January 9, 2011

Benteng Sekelumit Iman


"Tidurnya seorang alim lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang abid(ahli ibadah) tanpa ilmu"

Hadis riwayat Tarmizi


"Tiada kuat iman, selagi tidak diduga. Tiada kuat hati ini selagi ia tidak digoda."

"Ya Allah, dengan sekelumit iman di dada ini, maka jauhilah aku dari godaan dan fitnah."


Apabila hati mula digoda, ia akan berpenyakit. Maka, jangan biarkan ia terus sakit dan melarat, tapi rawatlah hati itu. Walaupun penyakit itu, tidak memudaratkan kesihatan, malahan ia penyakit yang lazat, namun, rawatlah jua hati itu. Rawatlah ia. Pujuklah hati itu dengan berkata "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih bernilai dari itu".

Kita tidak pernah sedar akan kewujudannya kerana ia adalah penyakit nikmat. Penyakit nikmat senang merebak, tapi sukar dirawat. Kadangkala, apabila kita cuba dirawat sahabat, kita mengelak. Kerana apa? Kerana ia penyakit NIKMAT.

Apa sebenarnya penyakit nikmat? Sesungguhnya ialah penyakit yang didatangkan dari kaum wanita kepada kaum lelaki dan sebaliknya.

Maka, dengan penyakit inilah ramai remaja kita digoda dan hampir kesemua mereka sedang wujud penyakit nikmat yang kian berbunga mekar di hati masing-masing.


"Permainan dunia. Lelaki BERcinta dengan Wanita"

"Nikmat dari Allah. Suami MENcintai Isteri"


Wallahualam.


"Ya Allah, aku masih tidak mampu untuk memberitahu sahabat-sahabat disekelilingku tentang jalan tarbiyyah. Ya, Allah bagilah mereka kesedaran kerana Engkau sahaja yang mampu mengubah hati-hati mereka"