Tuesday, November 2, 2010

Bukan menolak cinta, tapi hormati cinta


Di zaman remaja, saya seorang remaja yang biasa. Di mana saya juga pernah bercinta dengan rakan sebaya. Bila hati sudah sayang, apa-apa yang dilakukan semuanya serba tak kena. Kadang-kadang, saya sendiri tidak senang duduk apabila tidak dapat SMS ataupun “call” daripada perempuan yang disaat itu saya labelkan dia sebagai “girlfriend”. Itulah, bak kata orang apabila cinta mula berputik, makan tak kenyang tidur tak lena, mandi tak basah. Kiranya kalau tidak dapat melihat si dia walaupun sehari, hati gundah gulana. Hubungan kami terus berkekalan. Selepas tamat SPM, saya meneruskan pengajian di satu pusat asasi sains di universiti tempatan dan dimana si dia pula mendapat peluang melanjutkan pelajaran di universiti luar negara. Ketika berada di pusat asasi tersebut, saya mula berkenalan dengan Abang Zahri dimana dia merupakan salah seorang tutor di universiti tersebut. Melalui Abang Zahri juga, saya mula melibatkan diri dalam usrah. Saya yang sebelum ini mengabaikan tuntutan agama, telah berubah. Ibu bapa saya juga menyedari perubahan diri saya dan mereka sangat gembira. Pada suatu hari, saya memberanikan diri saya untuk bertanya kepada Abang Zahri soalan yang sudah lama saya ingin persoalkan.

“Abang, saya sebenarnya mempunyai seorang teman wanita”

Abang Zahri tersenyum. Belum sempat saya menyambung kata, dia terus berhujah

“Hidup seorang lelaki, tak akan lengkap tanpa kehadiran wanita di sisi. Dan mengapa kita tidak mendambakan cinta yang datang melalui saluran yang betul. Mengapa perlu bercinta melalui jalan yang salah? Perlukah?”

Saya hanya tunduk mendiamkan diri.

“Sebenarnya lelaki tidak mempunyai hak pun terhadap mana-mana wanita selagi mereka tiada ikatan. Nak mencintai wanita pun, kita takde hak. Selagi tiada ikatan perkahwinan. Saya rasa awak tiada hak pun mengatakan perempuan tersebut adalah teman wanita awak. Apatah lagi menyayanginya. Islam itu indah. Dan setiap perkara yang ditetapkan oleh Islam adalah yang indah. Malah, jika kita mencari peneman hidup melaui cara Islam, nescaya indah segala-galanya.”

Malam itu juga saya menghantar SMS kepada si dia untuk memutuskan hubungan kami. Saya fikir, dia akan faham dan dapat menerimanya dengaan hati yang terbuka. Namun, lain pula jadinya. SMS saya dibalas dengan maki hamun. Walaupunbagaimanapun, saya rasa tenang kerana saya sudah dapat menjalankan tugas saya. Ya, saya sudah dapat menjalankan tugas yang mungkin sukar dijalankan oleh adik-adik sekalian. Namun, saya nasihatkan agar yakinlah dengan janji Allah. Tidak bernilai cinta itu jika ia dikotori dengan perhubungan yang tidak sah disisi Islam. Jadi, relakah kita berkahwin dengan wanita yang kita sendiri telah mengotori cintanya? Fikir-fikirkanlah. Cuma satu sahaja pesan saya kepada adik-adik remaja sekalian yang sedang hangat bercinta. Nikmat cinta selepas berkahwin, adalah beribu kali ganda daripada “cinta” yang adik-adik sekalian labelkan sebagai cinta suci itu.

Wallahualam.

Saturday, August 7, 2010

Solat Jemaah Menghapus Rantai Kemalasan


Benarkah?

Anda percaya?

Atau tidak percaya?

Terpulang. Namun kajian yang dilakukan telah membuktikan formula ini sangat sangatlah berkesan. Bagi siapa yang sentiasa merasakan dirinya sentiasa dirantai dengan penyakit ini, maka anda sangat dialu-alukan untuk mencubanya. Berikut adalah contoh pelaksanaan formula ini

1) Pasang telinga. Kalau dah dekat waktu solat tu, bukaklah earfon, headfon atau apa jenis 'fon'
sekali pun.

2) Bila dah azan, jangan buat macam tak dengar.

3) Ambillah wuduk (saya percaya semua pandai berwuduk)

4) Carilah kopiah atau songkok ( bagi lelaki). Perempuan pula, carilah apa yang patut untuk
bersolat

5) Sarunglah sandal/selipar/kasut.

6) Jom ke surau!



SELAMAT MENCUBA :)

Friday, July 16, 2010

Taaruf :) - [Proses Taaruf]

Apa makna sebenar Taaruf?

Taaruf - berasal dari perkataan arab yakni berkenalan. Tidak hairanlah jika Imam Hassan al-Banna meletakkan taaruf sebagai rukun pertama usrah :) Namun begitu, pada masa sekarang taaruf sering dikaitkan dengan perkenalan antara seorang ikhwan dan seorang akhwat yang akan menikah. Sedangkan dalam ayat Quran sendiri telah menyatakan dalam Surah Hujurat, ayat ke 13 [49:13] yang bermaksud

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali(taaruf). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Jadi sudah terang dan nyata bahawa perkataan taaruf bukan sahaja bermakna perkenalan antara ikhwan dan akhwat yang bakal menikah, tapi ia menjurus kepada perkenalan antara manusia tidak kira bangsa atau agama :)



Perihal Taaruf antara Ikhwan dan Akhwat



Proses taaruf antara ikhwan dan akhwat yang bakal mendirikan masjid biasanya melalui beberapa orang perantara. Kebiasaannya si lelaki didampingi oleh ustaz dan si gadis manis diwakili oleh ustazah. ( Perantara biasanya orang yang rapat dengan bakal mempelai )


1) Si lelaki akan menyampaikan hajat kepada perantaranya.

2) Si perantara lelaki tersebut akan menyampaikan hajat murni tersebut kepada wakil pihak
wanita

3) Ustazah pula akan menyampaikan khabar gembira kepada si gadis manis

- Dalam tempoh masa ini, si gadis seharusnya beristikaharah dan beristiyarah demi mendapat
petunjuk dan keyakinan -


4) Jika si gadis sudah bersedia, satu pertemuaan antara ikhwan dan akhwat akan dilangsungkan

- Dalam pertemuan tersebut, biasanya ikhwan dan akhwat akan membawa pendamping-
pendamping mereka yang terdiri daripada ustaz-ustazah mahupun keluarga terdekat.
Mereka tidak melihat satu sama lain secara langsung ; dibatasi dengan hijab atau tirai
Dalam pertemuan itu juga, kedua calon akan melakukan perbincangan tentang masa depan mereka -


- Akhir perbincangan, sesi nadhor diadakan. Dalam sesi ini, ikhwan akan melihat akhwat yang
bakal dijadikan isteri. Ianya penting kerana nadhor adalah hak si lelaki untuk melihat bakal
peneman hidup :) Walaubagaimanapun ikhwan hanya akan melihat akhwat secara sepintas lalu
sahaja. Tidak perlu lama-lama demi menjaga pandangan :) Berakhir sesi nadhor maka berakhirlah sesi taaruf -


"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang" [ 30 : 21 ]


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."




Rujukan:

http://deteksi.info/2010/01/proses-taaruf/
http://www.shvoong.com/society-and-news/news-items/1985114-taaruf-sebuah-istilah-yang-asal/
http://cahayakad.fotopages.com/?entry=1078834

Saturday, July 3, 2010

Tik Tok Tik Tok

Sekejap!
Nanti tak sempat. Tunggu dulu. Kalau kau pergi, kau mati!
Mati! Mati!




"Aahhhh
mengarut. Mana ada orang mati waktu sebegini. Maut tak akan datang lagi. Aku pasti!"



Tidak! maut bila-bila sahaja. Jangan pergi. Kalau pergi, kau mati!!




"Bodoh! Kalau aku mati, banyak lagi impianku yang belum terlaksana. Jadi, aku tak mungkin mati. Mustahil!!!"



Pergi ke sana ertinya kau menempah maut!




"Maut tidak akan menjemputku. Belum tiba masanya...
"



Jangan!!!!! Dihadapan kamu!!!!!!!







- Mati itu mesti ; kalau hidup, InsyaAllah

Sunday, May 9, 2010

Maaf mak, Anem tak paham ape-ape lgi mase tu..

1988

Mase Anem kecik2 dulu, mak selalu ikat tocang Anem sebelum Anem pergi sekolah. Mak kate Anem cantik kalau ikat tocang dua. Macam anak patung Cine :) Kawan2 Anem pun kadang-kadang cakap Anem ni macam muke Mei Lan, anak Towkei Liou...
:) Bile smpai waktu abis sekolah, mak mesti tunggu kat pintu pagar sekolah. Kalau hari panas atau ujan, mak mesti bawak payung kuning tu. Mak kate, anak mak x boleh kne sikit pun ujan. Nanti kalau Anem, sakit, mak pun akan sakit. Waktu tu, Anem x paham lagi ape yang mak cakap. Ape yg Anem tahu, mak sayang sangat kat Anem. Lps tu, setiap rabu malam, mak mesti bawak Anem pegi pasar malam. Anem suke sgt makan kuih cakoi kat pasar malam tu. Tapi mak beli dua biji aje :( Mak kate, kite x boleh membazir. Ada satu malam, Anem ajak mak pegi beli kuih cakoi, tibe2 mak cakap kite x boleh pegi ari ni, kite makan roti aje. Mak senyum. Tapi memang Anem x paham ape2 mase tu. Anem cakap kat mak, kalau mak x beli kuih cakoi, mak x sayang Anem. Sebab Anem tau, mak mesti akan beli juga. Lps tu, mak angguk je. Anem pun ape lagi, mesti Anem suke. Tapi yang pelik, malam tu, mak beli satu je kuih cakoi. Anem pun makan ajelah..tapi Anem tinggal suku untuk mak. Mak kate, x pe, makanlah. Mak kate mak dah kenyang. Anem tau, mak lapar sbb mak x makan ape2 lagi. Tapi mase tu, Anem x paham ape2 lagi....Yang Anem tau, mak sayang Anem..


1999

Mak, Anem dah besar. Lagipun takkan Anem nak lepaskan peluang belajar. Mak tolong faham! Ini satu-satu aje peluang Anem untuk ubah hidup Anem!
Anem dah jemu hidup miskin mak! Mak tahu tak..Anem jemu! Sampai bile Anem kne hidup susah? Sampai bile mak???? Anem dah tak tahan hidup macam nie. Nak makan pun susah. Mak tahu x, sepanjang Anem duduk dengan mak, Anem tak pernah kenal pun erti kesenangan! Mak tahu x???

(mak hanye angguk. Anem nampak mate mak berair, tapi.....)




2009

Mak..mak..mak...mak...mane mak? Ni Anem dah balik ni mak...mak...mak..
Mak..jangan buat camni kat Anem...mak...mak...Anem tahu mak sayang Anem..Anem tahu sangat..Minta maaf mak.. Anem tak penah cakap Anem sayang mak. Tapi memang Anem sayang mak.. Mak..mak..mak pegi mane? Mak....mak...mak....Anem rindu sangat nak makan kuih cakoi dengan mak. Mak, mak dengar x? Mak...mak..Tolonglah mak...Jangan buat camni kat Anem...Mak kat mane??? Maaaakkkk....jawab lah Anem ni...Maaaaakkkkkkk....maaaaakkkkk... Mane mak pegi...Anem sayang mak.....






Waktu tu, Anem x paham lagi ape yang mak
cakap. Ape yg Anem tahu, mak sayang sangat kat Anem.......

Tuesday, March 16, 2010

Bermulanya Satu Kembara..



Maka bermulalah suatu kembara yang telah ditetapkanNya untuk saya. Satu kembara dimana ianya tidak seperti 'an ordinary odyssey'. Tapi saya yakin setiap perencanaanNya adalah yang terbaik dan mampu memberikan sesuatu yang amat istimewa untuk saya. =) Dimana saya pasti setiap perjalanan pasti ada yang sesuatu yang akan menghalangnya dan dengan itu InsyaAllah saya telah bersedia dari segala aspek. Langkah pertama itu sangat penting. Dan ianya satu musibah bilamana kita tersilap dalam mengatur langkah pertama. Dan mungkin ianya lebih parah bilamana kita ingin kembali mengubah langkah pertama kita apabila kita sudah berada di pertengahan pengembaraan. Maka sekali lagi langkah pertama amat bermakna.

Jadi dengan itu bermulalah langkah pertama untuk suatu kembara~

Friday, February 12, 2010

Berita dari Masjid Nabawi

BERITA DARI MASJID NABAWI

BERITA PENTING

BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA . "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, YAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA..

"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba

sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan

Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan:

1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya

2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.

3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.

Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT.

"Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia.

Pesanan nabi:

a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.

b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 ( lima )waktu.

c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.

d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.



Thursday, February 11, 2010

Sinar Cahaya Ayat Kursi

From: yatie <http://us.mc545.mail.yahoo.com/mc/compose?to=yatiebakrie@gmail.com>
Subject: Sinar Ayatul Kursi
To:
Date: Tuesday, 26 January, 2010, 9:21 PM
SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang
duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati
isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah
tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di
saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di
tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga
sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah
disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap
solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang
bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta
Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang,
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah
seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan
SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

He knows what we never know

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows


No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows .....

Allah Knows - Zain Bikha

Friday, January 1, 2010

Istidrajkah?

Apabila bersendiri, saya sering terfikir, saya telah banyak melakukan dosa dan kadang-kala saya masih mengulangi dosa-dosa tersebut. Namun Yang Maha Esa masih memberikan nikmatNya kepada saya. Bukan maksud saya untuk memperlekehkan nikmat pemberianNya, tapi saya takut jika pemberianNya kepada saya ketika ini adalah nikmat yang berbentuk istidraj. Saya benar-benar takut. Saya tidak pernah meninggalkan solat, tapi kenapa saya masih melakukan dosa? Adakah mungkin solat saya selama saya hidup ini akan dicampakkan semula oleh malaikat apabila tiba masanya nanti? Adakah solat saya tidak lain tidak bukan hanyalah seperti kain-kain buruk? Saya benar-benar takut. Takut yang tidak terhingga. Adakah nanti saya akan diazab oleh Allah sebagaimana yang diazabkanNya kepada manusia-manusia yang terdahulu? Adakah saya akan berjiran dengan Musalmah Al-Kazzab di sana kelak? Adakah saya akan diseksa bersama-sama tentera-tentera Yahudi yang telah membunuh puluhan ribu rakyat Palestin? Adakah dosa-dosa saya ini menyamai dosa-dosa yang telah dilakukan oleh bangsa-bangsa yang sering menyekutukan Allah itu? Atau mungkin dosa-dosa saya melebihi mereka? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Dan malaikat-malaikatNya akan sentiasa mencatat apa yang telah saya lakukan. Hati kecil saya sentiasa mengharapkan agar Allah memberikan semula hidayah kepada saya. Ya, mengembalikan semula hidayah yang telah saya abaikan beberapa tahun dahulu…

Sekian daripada saya, moga-moga Allah akan mengurniakan sejuta kebaikan kepada sesiapa yang mendoakan diri saya dan jutaan lagi umat Islam seperti saya ini. Salam alaik~


Original post from a concerned muslim

Translated by Mohd Mustaqim (www.antaraaqi.blogspot.com)

Cinta Itu, anugerah daripada-Nya...


Saya masih tidak memahami apa yang baru sahaja terdetik di hati saya. Perasaan ini sumgguh luar biasa. Tidak pernah saya rasainya selama saya hidup di muka bumi Allah ini. Tapi saya yakin, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya benar-benar yakin. Namun, saya tidak mampu untuk memberitahunya kepada awak. Apa yang saya mampu hanyalah mencoretkan apa yang tersirat dalam hati saya selama ini walaupun awak tidak mungkin membacanya. Tapi kalau awak terbacanya, saya pasti itu adalah hikmah daripadaNya. Hikmah dan pertolongan daripada Allah pasti akan datang. Namun bila dan dimana ia datang kepada kita hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi apa yang kita harus lakukan adalah dengan bersabar dan yakin bahawa pertolongNya pasti akan tiba.

Pertama sekali, apabila saya melihat renungan mata awak, hati saya benar-benar tertarik. Renungan mata coklat awak benar-benar istimewa. Seperti ada berlian ataupun permata yang terselindung disebaliknya. Dan saya tidak pasti adakah perasaan itu datang daripada langit. Jika betul ianya datang daripada langit, sudah pasti perasaan itu bukan bercambah dalam hati saya sahaja, ianya pasti tertanam juga dalam hati awak. Kerana jika saya ini adalah jodoh awak dan awak adalah jodoh saya, sudah pasti ianya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Jadi saya tidak perlu mengucapkan kata-kata cinta kerana apabila awak sudah ditakdirkan untuk saya, sudah pasti Allah akan turut menurunkan perasaan cinta awak terhadap saya. Namun apa yang saya bimbangkan adalah mungkinkah perasaan ini datangnya daripada syaitan laknatullah dimana ianya hanyalah nafsu syahwat lelaki terhadap wanita semata-mata. Saya benar-benar takut. Saya takut jika jodoh saya ini ditentukan oleh syaitan. Seperti yang awak sendiri tahu, tidak ramai muslim ataupun muslimat di negara kita. Jika adapun, mereka tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna. Saya sendiri sedih melihat rakan-rakan saya yang mula melakukan perbuatan terkutuk dengan kekasih. Ada yang tidak sampai sehari berpacaran, mereka sudah melakukan perbuatan terkutuk itu. Saya benar-benar sedih dan takut. Takut jika saya akan terjebak dengan perkara-perkara yang sedemikian. Saya turut sedih dengan keadaan wanita-wanita sekarang. Yang berhijab menjadi minoriti dan yang terdedah menjadi majoriti Tapi saya yakin, awak pasti tergolong dalam golongan yang sentiasa di bawah lindungan Allah. Saya yakin dan pasti. Tapi apabila teringat akan janji Allah yang tertulis dalam Quran ; Wanita yang baik hanyalah untuk laki-laki yang baik, saya menjadi takut. Takut jika saya tidak tergolong dalam laki-laki yang baik. Dan jika saya bukanlah dalam golongan lelaki baik, sudah pasti awak tidak mungkin adalah jodoh saya. Janji Allah tidak mungkin dapat diragukan lagi. Jadi saya berharap sangat bahawa diri saya ini akan menjadi laki-laki yang baik. Bukan sahaja dimata awak, tapi disisi Allah. Namun, manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kini saya mengerti, awak bukanlah jodoh saya. Saya sendiri tidak tahu siapa sebenarnya jodoh saya. Itu semua berada dalam pengetahuan Allah sahaja. Namun Allah sudah memberikan jodoh yang terbaik untuk awak. Saya yakin, awak pasti bahagia berdampingan dengan suami awak. Saya pasti suami awak adalah satu anugerah yang dikurniakanNya kepada awak. Saya berharap agar jika awak membaca tulisan ini, semakin bertambahlah cinta awak terhadap suami. Kerana awak sudah mendapat anugerah tersebut sedangkan saya masih menunggu dan mencarinya. Doakan saya agar mendapat anugerah yang seindah-indahnya. Moga kami akan bercinta dijalan yang diredhaiNya dan mendapat zuriat yang bakal menegakkan agamaNya kelak…


Original post from a concerned muslim

Translated by Mohd Mustaqim