Friday, January 1, 2010

Cinta Itu, anugerah daripada-Nya...


Saya masih tidak memahami apa yang baru sahaja terdetik di hati saya. Perasaan ini sumgguh luar biasa. Tidak pernah saya rasainya selama saya hidup di muka bumi Allah ini. Tapi saya yakin, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya benar-benar yakin. Namun, saya tidak mampu untuk memberitahunya kepada awak. Apa yang saya mampu hanyalah mencoretkan apa yang tersirat dalam hati saya selama ini walaupun awak tidak mungkin membacanya. Tapi kalau awak terbacanya, saya pasti itu adalah hikmah daripadaNya. Hikmah dan pertolongan daripada Allah pasti akan datang. Namun bila dan dimana ia datang kepada kita hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi apa yang kita harus lakukan adalah dengan bersabar dan yakin bahawa pertolongNya pasti akan tiba.

Pertama sekali, apabila saya melihat renungan mata awak, hati saya benar-benar tertarik. Renungan mata coklat awak benar-benar istimewa. Seperti ada berlian ataupun permata yang terselindung disebaliknya. Dan saya tidak pasti adakah perasaan itu datang daripada langit. Jika betul ianya datang daripada langit, sudah pasti perasaan itu bukan bercambah dalam hati saya sahaja, ianya pasti tertanam juga dalam hati awak. Kerana jika saya ini adalah jodoh awak dan awak adalah jodoh saya, sudah pasti ianya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Jadi saya tidak perlu mengucapkan kata-kata cinta kerana apabila awak sudah ditakdirkan untuk saya, sudah pasti Allah akan turut menurunkan perasaan cinta awak terhadap saya. Namun apa yang saya bimbangkan adalah mungkinkah perasaan ini datangnya daripada syaitan laknatullah dimana ianya hanyalah nafsu syahwat lelaki terhadap wanita semata-mata. Saya benar-benar takut. Saya takut jika jodoh saya ini ditentukan oleh syaitan. Seperti yang awak sendiri tahu, tidak ramai muslim ataupun muslimat di negara kita. Jika adapun, mereka tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna. Saya sendiri sedih melihat rakan-rakan saya yang mula melakukan perbuatan terkutuk dengan kekasih. Ada yang tidak sampai sehari berpacaran, mereka sudah melakukan perbuatan terkutuk itu. Saya benar-benar sedih dan takut. Takut jika saya akan terjebak dengan perkara-perkara yang sedemikian. Saya turut sedih dengan keadaan wanita-wanita sekarang. Yang berhijab menjadi minoriti dan yang terdedah menjadi majoriti Tapi saya yakin, awak pasti tergolong dalam golongan yang sentiasa di bawah lindungan Allah. Saya yakin dan pasti. Tapi apabila teringat akan janji Allah yang tertulis dalam Quran ; Wanita yang baik hanyalah untuk laki-laki yang baik, saya menjadi takut. Takut jika saya tidak tergolong dalam laki-laki yang baik. Dan jika saya bukanlah dalam golongan lelaki baik, sudah pasti awak tidak mungkin adalah jodoh saya. Janji Allah tidak mungkin dapat diragukan lagi. Jadi saya berharap sangat bahawa diri saya ini akan menjadi laki-laki yang baik. Bukan sahaja dimata awak, tapi disisi Allah. Namun, manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kini saya mengerti, awak bukanlah jodoh saya. Saya sendiri tidak tahu siapa sebenarnya jodoh saya. Itu semua berada dalam pengetahuan Allah sahaja. Namun Allah sudah memberikan jodoh yang terbaik untuk awak. Saya yakin, awak pasti bahagia berdampingan dengan suami awak. Saya pasti suami awak adalah satu anugerah yang dikurniakanNya kepada awak. Saya berharap agar jika awak membaca tulisan ini, semakin bertambahlah cinta awak terhadap suami. Kerana awak sudah mendapat anugerah tersebut sedangkan saya masih menunggu dan mencarinya. Doakan saya agar mendapat anugerah yang seindah-indahnya. Moga kami akan bercinta dijalan yang diredhaiNya dan mendapat zuriat yang bakal menegakkan agamaNya kelak…


Original post from a concerned muslim

Translated by Mohd Mustaqim