Dugaan demi dugaan mematangkan manusia. Tapi adakalanya dugaan mengecewakan manusia seterusnya ada yang mengambil jalan mudah dengan memisahkan roh sendiri dengan jasad. Sesungguhnya,berasa kecewa itu hanya untuk orang-orang yang enggan kecewa. Enggan kecewa bererti enggan berjaya...Pintu taubat sering dibuka. Dan akan dibuka sehingga tamat tempohnya, iaitu tatkala mentari mula terbit dari barat. Pabila ia sudah berlaku, maka tiada lagi taubat yang diterima. Teringat pula saya tentang cerita yang disampaikan oleh seorang sahabat. Mengenai kuasa taubat.
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, pernah berlaku satu kemarau. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Umar ketika itu. Namun semua usahanya menemui jalan buntu. Oleh itu, Umar telah memanggil beberapa orang sahabat untuk berbincang bersama untuk mengatasi masalah tersebut. Pabila semua sahabat telah berkumpul di rumahnya, maka Umar pun berkata " Wahai para sahabat, siapa disini yang baru bertaubat?". Maka seorang sahabat menjawab, "Wahai Umar, aku ada mengenali seorang pemuda yang baru bertaubat". Apabila mendengar sahaja bicara sahabatnya, maka Umar pun menyuruh sahabat tersebut memanggil pemuda tersebut.
Tidak lama selepas itu, pemuda itu datang ke rumah Umar. Umar terus menyuruh pemuda tersebut berdoa agar ALLAH menurunkan hujan. Dengan izin-Nya, tidak lama selepas itu hujan pun mencurah-curah turun dari langit...
Melalui kisah tersebut, dapat dibuktikan bahawa kuasa taubat sangat kuat. Apabila kita sudah bertaubat daripada melakukan dosa, maka ALLAH akan terus memakbulkan doa kita. Tapi adakah taubat yang kita lakukan, adalah taubat nasuha? Jika kita kerap solat taubat, tapi kita masih melakukan dosa yang sama, maka taubatkah namanya?
Surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".
Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya".
Saturday, September 26, 2009
Thursday, September 24, 2009
Cintakah? Jawapan untuk Ada apa dengan Cinta
Saya seronok sekali apabila membaca satu post dari seorang sahabat yang mempersoalkan tentang cinta. Seronok bukan kerana saya ni 'mat jiwang', tapi kerana persoalan yg ditimbulkan, menarik minat saya. Kadang-kala, saya teringat kembali zaman-zaman remaja saya yang lepas. Penuh dengan keseronokan, dan juga kelalaian. Lepas sahaja PMR, terus lupa apa yang sepatutnya diingati...
Berbalik kepada perihal tadi, seingat saya, saya pernah naik ke floor atas(floor saya takde line :p) semata-mata untuk buat call. Dari pukul 12, sampaila pukul tiga pagi. Saya sendiri tak tahu apa yang saya borakkan bersama 'kawan' yang berada di JB ketika itu. Tiga jam saya bazirkan untuk seseorang yang saya sendiri tak pasti siapa dia di hati saya. Tapi apa yang pasti, ketika itu saya hanya berfikir tentang keseronokan. Keseronokan apabila mendapat perhatian daripada seorang kaum Hawa. Ya, seorang perempuan. Dan akibat tidur lambat, hampir-hampir subuh saya tinggalkan. Mujurlah seorang kawan yang kini menjadi seorang sahabat mengejutkan saya untuk menunaikan solat. Adoi, betapa kuatnya penangan 'cinta' sampai solat pun, orang lain yang jaga untuk kita...Dan, sememangnya ketika itu saya tidak rasa bersalah...
Tapi seingat saya dua minggu lepas itu, saya dan 'kawan' saya tadi telah memutuskan hubungan yang dikatakan hubungan yang 'suci'(sucikah?hahaha). Si 'kawan' itu mengatakan bahawa saya ini disukai oleh orang lain (benarkah?). Dan dengan alasan itu kami putus. Wah...mudahnya. Ikat dan putus. Putus dan ikat. Kalau beginilah yang dikatakan cinta sejati, amankah dunia?
Konklusi(berdasarkan pengalaman saya)yang boleh saya sampaikan mudah sahaja:
-CINTA 'SEJATI' IALAH-
1. Menghabiskan nilai kredit telefon pra-bayar untuk berbual dengan si dia sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa?
2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!
3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh gadis yang anda minati.
4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus halaman dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walau satu muka surat setahun!
5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang langsung wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.
6. Susah hati jika tidak menerima sms daripada si dia sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita kepada bapa di kampung.
7. Memakai pakaian sehabis cantik untuk dating sedangkan hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.
8. Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I love U' berbanding 'Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar
(dipetik daripada http://tarbiyyatulummah.blogspot.com/2009/09/ada-apa-dengan-cinta.html)
-Sayiditina Aisyah R.A "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"-

Wednesday, September 23, 2009
Tolong Sampaikan
Tolong sampaikan pada si dia.
Tolong beritahu si dia, bahawa aku ada pesanan buatnya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan si doa, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa akan gerangan si dia..
Moga pesananku sampai padanyawalau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa, yang memasuki taman larangan dengan sopan santunnya lantas bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..
Begini pesananku….
Pertama sekali, Assalamualaikum untuk dirimu..
Saya tidak mampu memahami akan perasaan ini yang mencul tiba-tiba dalam diri ini. Saya juga tidak mengerti akan mengapa begitu utuh perasaan ini bersemadi erat dalam hati saya di hari yang indah ini, yang membuatkan saya begitu berani unutk mencoretkan sesuatu untuk awak yang tidak pernah saya kenali..
Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya pada sesiapa, apatah lagi untuk meluahkan sesuatu yang dikhususkan untuk awak sebelum tiba masanya. Hal ini menuntut sesuatu yang perlu saya jaga dengan rapi selama ini semata-mata untuk awak, itulah hati dan cinta saya.
Semenjak kecil, saya dididik oleh ibunda sepaya menjaga maruah diri, kerana Allah menetapkannya hanya untuk diri awak suatu hari nanti. Kata Ibu, tanggungjawab ibu bapa kepada anak perempuan adalah menjaga dan mendidiknya sehinggalah suatu ketika nanti akan dating seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, bagi saya, awak sudah wujud dalam diri saya semenjak waktu itu lagi, malahan sebelum itu pun.
Sepanjang unur saya ini, saya telah menutup pintu hati ini daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi awak. Saya berkeras menghalang diri daripada mengenali mana-mana lelaki apatah lagi untuk memahami mereka melainkan awak. Kerana itulah saya sedaya-upaya untuk membatasi pergaulan saya dengan yang bukan mahram saya. Saya lebih suka berada di rumah daripada menghabiskan masa di luar. Saya sering sahaja berasa tidak selamat apabila diperhatikan oleh lelaki. Bukanlah maksud saya untuk bersangka buruk pada mereka, tetapi adalah lebih baik untuk saya agar berjaga-jaga.
Saya akan palingkan wajah saya daripada lelaki yang asyik merenung saya malahan kepada yang cuba untuk merenung saya. Saya seboleh-bolehnya akan melarikan pandangan daripada lelaki kerana masih terngiang-ngiang di telinga saya akan pesanan isteri nabi, Sayiditina Aisyah R.A yakni sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Tidak terlintas dalam hati saya untuk dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik dimata awak. Apa gunanya saya jadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya dan akan menjadi milik awak seorang sahaja. Saya tidak berasa bangga sekiranya menjadi rebutan lelaki, bahkan saya terasa terhina diperlakukan sedemikian, seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Saya juga tidak mahu menjadi punca kegagalan seseorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya sampaikan. Bagaimana saya akan menjawab di hadapan Allah kelak andai disoal?. Adakah itu sumbangan saya kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Jika saya inginkan lelaki yang baik unutk menjadi suami saya, saya juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak saya nafikan sebagai remaja saya mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi, namun setiap kali perasaan itu dating, setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya bahawa saya perlu menjaga perasaan itu kerana itu adalah milik awak. Allah sudah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci. Bukanlah hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang sudah dibahagi-bahagikan.
Tetapi, suatu ketika itu saya diuji oleh Allah apabila seorang lelaki secara tidaksengaja mahu berkenalan dengan saya. Namun, saya secara kemas menolak. Pelbagai alas an saya berikan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti disitu, dia sentiasa menghubungi dan mengganggu saya. Saya berasa amat tidak tenteram, sehingga merasakan seolah-olah seluruh hidup saya yang ceria selama ini sudah dirampas daripada saya.
Saya beristighfar memohon keampunan Ilahi. Saya juga bedoa supaya Allah melindungi diri saya daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan awak. Saya dapat rasakan awak seolah-olah wujud bersama saya. Saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah saya untuk memilih berlian sedangkan saya hanyalah sebutir pasir yang ada dimana-mana sahaja. Tetapi, saya juga ada keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin saya kea rah tuju yang satu.
Awak tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkan saya terpikat. Andainya awak jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dalam hati saya, juga dalam hati awak apabila kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang diberikan oleh ibu bapa saya. Apa guna awak menimbunkan harta untuk kemudahan saya sekiranya harta itu membuatkan awak alpa pada tanggungjawab terhadap agama. Saya tidak akan sekali-kali bahagia melihat awak sebegitu rupa. Biarlah kita hidup dibawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi saya..
(9:129) > Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan
Original post from Aminah Amatullah, Wernigerode, East Germany
Translated by Muhammad Hafiz bin Haji Khalid, Hradec Kralove, Czech
(regenesi0206.hadithuna.com)

Mencari Al-Qadr
Apabila terlajak dek kepincangan iman, jiwa bergelodak dan hati bagaikan disiat-siat.
Tapi sesungguhnya peluang masih ada, masih ada untuk kita kembali kepada-Nya.
Masih ada. Masih wujud untuk kita. Cuma kita sendiri yang tidak menyedarinya. Ramadhan yang sudah berlalu, disia-siakan begitu sahaja. Alangkah ruginya. Diri sentiasa menyangka bahawa roh masih lagi bersama jasad pada Ramadhan seterusnya. Begitu yakin sekali. Yakin dan angkuh! Tetapi sesungguhnya tiada siapa di semesta ini yang boleh mengatakan " Sesungguhnya aku amat yakin bahawa aku akan hidup pada esok hari". Hanya Allah yang boleh menentukan hidup dan MATI. Dianggarkan bahawa 155000 orang manusia akan mati setiap HARI! Dan tidak mustahil bahawa KITA akan menjadi salah satu daripada angka tersebut. Tiada siapa yang tahu. Maka, kembalilah kepada-Nya. Sesungguhnya kita masih belum terlambat.
Niat setiap muslim pada awal Ramadhan. "Aku ingin berubah pada Ramadhan kali ini. Aku ingin berubah dan aku ingin berubah. Aku ingin qiam pada malam hari. Aku ingin qiam pada setiap malam. Aku inginkan lailatul qadr"
MALAM PERTAMA
- hari pertama berpuasa. Aaahh penat. Aku harus tidur awal.
MALAM KEDUA
- Banyaknya kerja yang aku harus selesaikan...(akhirnya tertidur di meja kerja)
MALAM KETIGA hingga MALAM KEDUAPULUH
- Ulama kata, lailatul qadar terdapat pada 10 malam terakhir
MALAM KEDUA PULUH SATU
- Kawan, kejutkan aku pukul 2 pagi. Aku ingin qiam. Tepat pukul dua pagi, si kawan mengejutkan kita. Kita bangun dan beredar. Bukan untuk berwuduk, tapi untuk menyambung lena.
MALAM KEDUA PULUH DUA
- Ustaz cakap, malam yang ganjil saja
MALAM KEDUA PULUH TIGA
- Kunci penggera handfon. Handfon berbunyi, penggera dimatikan.
MALAM KEDUA PULUH EMPAT
- Malam ganjil sahaja
MALAM KEDUA PULUH LIMA
- penat stay-up sampai tengah malam, akhirnya tertidur tanpa sebarang rakaat.
MALAM KEDUA PULUH ENAM
- ganjil!
MALAM KEDUA PULUH TUJUH
- bangun pada 2 pagi. Menuju ke surau. Tapi akhirnya terlelap sehingga ke azan subuh di koridor surau.
MALAM KEDUA PULUH LAPAN
- nak raya dah. esok balik kampung. kena tidur awal ni...
MALAM KEDUA PULUH SEMBILAN
- kenyangnya berbuka....
MALAM KETIGA PULUH
- aduh, terlepas lagi Al-Qadr....
Saya teringat kata-kata seorang sahabat juga merangkap kepala jemaah kami "Rasullullah pernah berkata, jika pada Ramadhan seorang hamba itu tidak berubah, maka binasalah dia"
Jadi kita sama-sama berfikir sejenak, adakah kita berubah, atau sebaliknya...
Kita sama-sama doakan agar ALLAH memberi hidayah kepada kita agar sempat untuk kita kembali...Insyaallah

Subscribe to:
Posts (Atom)