Friday, July 16, 2010

Taaruf :) - [Proses Taaruf]

Apa makna sebenar Taaruf?

Taaruf - berasal dari perkataan arab yakni berkenalan. Tidak hairanlah jika Imam Hassan al-Banna meletakkan taaruf sebagai rukun pertama usrah :) Namun begitu, pada masa sekarang taaruf sering dikaitkan dengan perkenalan antara seorang ikhwan dan seorang akhwat yang akan menikah. Sedangkan dalam ayat Quran sendiri telah menyatakan dalam Surah Hujurat, ayat ke 13 [49:13] yang bermaksud

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali(taaruf). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Jadi sudah terang dan nyata bahawa perkataan taaruf bukan sahaja bermakna perkenalan antara ikhwan dan akhwat yang bakal menikah, tapi ia menjurus kepada perkenalan antara manusia tidak kira bangsa atau agama :)



Perihal Taaruf antara Ikhwan dan Akhwat



Proses taaruf antara ikhwan dan akhwat yang bakal mendirikan masjid biasanya melalui beberapa orang perantara. Kebiasaannya si lelaki didampingi oleh ustaz dan si gadis manis diwakili oleh ustazah. ( Perantara biasanya orang yang rapat dengan bakal mempelai )


1) Si lelaki akan menyampaikan hajat kepada perantaranya.

2) Si perantara lelaki tersebut akan menyampaikan hajat murni tersebut kepada wakil pihak
wanita

3) Ustazah pula akan menyampaikan khabar gembira kepada si gadis manis

- Dalam tempoh masa ini, si gadis seharusnya beristikaharah dan beristiyarah demi mendapat
petunjuk dan keyakinan -


4) Jika si gadis sudah bersedia, satu pertemuaan antara ikhwan dan akhwat akan dilangsungkan

- Dalam pertemuan tersebut, biasanya ikhwan dan akhwat akan membawa pendamping-
pendamping mereka yang terdiri daripada ustaz-ustazah mahupun keluarga terdekat.
Mereka tidak melihat satu sama lain secara langsung ; dibatasi dengan hijab atau tirai
Dalam pertemuan itu juga, kedua calon akan melakukan perbincangan tentang masa depan mereka -


- Akhir perbincangan, sesi nadhor diadakan. Dalam sesi ini, ikhwan akan melihat akhwat yang
bakal dijadikan isteri. Ianya penting kerana nadhor adalah hak si lelaki untuk melihat bakal
peneman hidup :) Walaubagaimanapun ikhwan hanya akan melihat akhwat secara sepintas lalu
sahaja. Tidak perlu lama-lama demi menjaga pandangan :) Berakhir sesi nadhor maka berakhirlah sesi taaruf -


"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang" [ 30 : 21 ]


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."




Rujukan:

http://deteksi.info/2010/01/proses-taaruf/
http://www.shvoong.com/society-and-news/news-items/1985114-taaruf-sebuah-istilah-yang-asal/
http://cahayakad.fotopages.com/?entry=1078834