Friday, May 1, 2009

Sesuatu yang mendebarkan tentang TAKDIR

T.A.K.D.I.R

Huh, memang bergetar jiwa pabila mendengar lafaz itu. Takdir dan takdir...qada' dan qadar..ketentuan dan pelaksanaan ALLAH. Semuanya sama. Tiada yang beza.

"Ya ALLAH jika sudah ditakdirkan aku tidak mendapat 9A1 dalam SPM kelak, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika sudah ditakdirkan bahawa aku akan ditindas pada masa depan, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika pada masa hadapan, aku masih lalai dan leka, maka ubahlah masa hadapanku".

"Ya ALLAH jika ditakdirkan aku gagal mendapat tempat di luar, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika ditakdirkan aku bersedih pada masa akan datang, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika ditakdirkan aku menangis kerana kelaparan kelak, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika aku ditakdirkan tiada berkeluarga pada masa depan, maka ubahlah takdir itu".

"Ya ALLAH jika aku ditakdirkan mati, maka matikanlah aku dalam ISLAM.....".


sumber inspirasi : Puan Asiah bt Ambia