Saturday, March 14, 2009

Tun Teja..


Jika kita pandang kembali beberapa RATUS tahun yang lepas, pasti kita terdetik seketika mengenangkan kisah Kesultanan MELAYU Melaka. Kisah dimana Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Kisah dimana Melaka menjadi Empayar Agung. Kisah dimana Puteri Hang Li Po dibawa Tun Perpatih Putih ke Melaka. Kisah dimana Tun Teja dipaksa Hang Tuah menikahi Sultan..Dan apabila berkisahkan Tun Teja, saya sendiri tersentak seketika. Tun Teja. Tun Teja.... Aaahhh. Saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan Tun Teja apabila melihat wanita-wanita MELAYU sekarang. MELAYU yang kian melayu. Biarkanlah mereka.
*******************************************
InsyaALLAH, jika tiada aral melintang, program "DISCOVERING TUN TEJA" yang akan dijalankan seminggu selepas SPM (cadangan) pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mudah-mudahan, ALLAH Al-Rahman memberkati program murni sebegini....InsyaALLAH