Sunday, January 9, 2011

Benteng Sekelumit Iman


"Tidurnya seorang alim lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang abid(ahli ibadah) tanpa ilmu"

Hadis riwayat Tarmizi


"Tiada kuat iman, selagi tidak diduga. Tiada kuat hati ini selagi ia tidak digoda."

"Ya Allah, dengan sekelumit iman di dada ini, maka jauhilah aku dari godaan dan fitnah."


Apabila hati mula digoda, ia akan berpenyakit. Maka, jangan biarkan ia terus sakit dan melarat, tapi rawatlah hati itu. Walaupun penyakit itu, tidak memudaratkan kesihatan, malahan ia penyakit yang lazat, namun, rawatlah jua hati itu. Rawatlah ia. Pujuklah hati itu dengan berkata "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih bernilai dari itu".

Kita tidak pernah sedar akan kewujudannya kerana ia adalah penyakit nikmat. Penyakit nikmat senang merebak, tapi sukar dirawat. Kadangkala, apabila kita cuba dirawat sahabat, kita mengelak. Kerana apa? Kerana ia penyakit NIKMAT.

Apa sebenarnya penyakit nikmat? Sesungguhnya ialah penyakit yang didatangkan dari kaum wanita kepada kaum lelaki dan sebaliknya.

Maka, dengan penyakit inilah ramai remaja kita digoda dan hampir kesemua mereka sedang wujud penyakit nikmat yang kian berbunga mekar di hati masing-masing.


"Permainan dunia. Lelaki BERcinta dengan Wanita"

"Nikmat dari Allah. Suami MENcintai Isteri"


Wallahualam.


"Ya Allah, aku masih tidak mampu untuk memberitahu sahabat-sahabat disekelilingku tentang jalan tarbiyyah. Ya, Allah bagilah mereka kesedaran kerana Engkau sahaja yang mampu mengubah hati-hati mereka"

Tuesday, January 4, 2011

Tarbiyyah Kita


Apa itu tarbiyyah? Pentingkan tarbiyyah? Relevankan tarbiyyah pada zaman serba moden? Siapa yang patut mentarbiyyahkan siapa?

Kadang-kadang kita sendiri tidak menyangka yang kita sedang dalam usaha mentarbiyyahkan diri dan kadangkala memang kita sangat sangat tidak menyangka yang diri kita semakin jauh dari tarbiyyah. Mengapa? Mudah, anggaplah zaman 'moden' kita ini adalah zaman jahiliyyah. Anggaplah zaman ini, zaman sebelum penghijrahan Rasulullah ke Madinah. Maka, jika kita berfikir sebegitu, nescaya kita akan mencari apa itu tarbiyyah.

Sememangnya, tarbiyyah itu merupakan satu perjalanan yang amat jauh. Baiklah, anggaplah kita adalah seorang buta huruf tetapi kita mahu mengkhatamkan satu Al-Quran! Bayangkan ,diri kita adalah si buta huruf. Maka, sudah pasti perlu banyak yang kita perlu lakukan terlebih dahulu. Kita harus belajar alif ba ta, harus mengerti baris atas, depan dan bawah, hukum-hukum mad dan sebagainya. Maka, itu lah juga tarbiyyah. Jika kita mampu menjaga solat, menjaga setiap aspek dalam kehidupan, maka kita mampu mengerakkan satu perjalanan yang dinamakan perjalanan tarbiyyah.


"Abang, bagaimana kalau orang sedang menjalankan tarbiyyah, tiba-tiba ia jatuh cinta dan bercinta dengan wanita?"

"Adik, anggaplah kita tidak layak untuk bercinta selagi 10 muwasafat tarbiyyah tiada dalam diri. Jika seseorang itu jatuh cinta dan bercinta dengan wanita, maka anggaplah ia satu beban dalam perjalanan. Anggaplah kita membawa seguni botol kaca dan dipikulnya diatas bahu. Dan kita tahu, seguni botol kaca itu sangat berat dan masakan kita masih lagi ingin memikulnya?"






Satu hari, insyaAllah, mungkin pemerintah kita, wakil rakyat kita, doktor di klinik akan terdiri daripada naqib dan naqibah kita sendiri..satu hari nanti, InsyaAllah.